Malaysian Attention Engine
Live wire
51General : MP Allocations, Foreign Nationals Among Key Issues In 2027 Budget Debate50Pelaburan perlu dinilai bersama data gaji, pekerjaan - Menteri Ekonomi50World : S. Korea To Partially Withdraw Diplomatic Staff From Ukraine Amid Airstrike Threat, Diplomatic Dispute47Serba Dinamik founder Abdul Karim on Interpol Red Notice, says Anwar46RUU Statistik perkasa integrasi data negara46Beri alasan ada urusan bank, janda ditahan khalwat dengan lelaki bukan Islam di hotel45Affin Diventium diiktiraf Bank Swasta Cemerlang Asia Pasifik 202643PM bincang bantuan keluarga 54 rakyat Malaysia hilang di Kabinet Jumaat ini42Malaysia de-registers main opposition bloc Perikatan Nasional as elections loom42General : 30 Pct Discount On ECRL Economy-class Tickets For First Month Of Operations41Takiyuddin persoal asas Perlembagaan penamatan 10 Exco Negeri Sembilan38Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Shahab-Bergson sebaris gandingan elit Eropah

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 14:22 MYTLatest activity 20 Oct, 14:22BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Ketajaman jentera serangan Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mencuri perhatian apabila gandingan Shahab Zahedi dan Bergson da Silva tersenarai dalam kelompok Best Goal-Scoring Duos, dipaparkan Transfermarkt seterusnya bersaing dengan nama besar bola sepak Eropah. (Berita Harian, 14:22)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Shahab-Bergson sebaris gandingan elit Eropah

By Syazwan Msar · 20 Oct, 14:22 MYT

KUALA LUMPUR: Ketajaman jentera serangan Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mencuri perhatian apabila gandingan Shahab Zahedi dan Bergson da Silva tersenarai dalam kelompok Best Goal-Scoring Duos, dipaparkan Transfermarkt seterusnya bersaing dengan nama besar bola sepak Eropah.

Gandingan penyerang Harimau Selatan itu menduduki tangga keempat dengan merekodkan 21 sumbangan jaringan menerusi gol dan bantuan gol berdasarkan senarai berkenaan.

Lebih menarik, gandingan itu turut berada dalam kelompok sama dengan duo Barcelona, Raphinha dan Lamine Yamal, yang merekodkan 23 sumbangan jaringan, jumlah sama turut direkodkan pasangan Benfica, Vangelis Pavlidis dan Gianluca Prestianni.

Turut tersenarai ialah gandingan Bayern Munich, Harry Kane dan Michael Olise, yang mengumpul 18 sumbangan jaringan, sekali gus memberikan gambaran persaingan membabitkan beberapa nama besar dalam bola sepak antarabangsa.

Bagi JDT, kehadiran Shahab dan Bergson dalam senarai itu menjadi tumpuan memandangkan kedua-duanya mempunyai peranan penting dalam memperkukuh pilihan serangan skuad Harimau Selatan.

Bergson kekal antara tonggak penting JDT di bahagian serangan, manakala kehadiran Shahab memberikan pilihan tambahan kepada pasukan untuk menghasilkan jaringan menerusi gandingan dua penyerang itu.

Keserasian mereka turut mendapat perhatian dalam aksi Liga Super apabila kedua-duanya mencatat nama sebagai penjaring ketika JDT menewaskan Terengganu FC 3-0 pada 18 Oktober lalu.

Bergson membuka jaringan pada minit ke-26, manakala Shahab melengkapkan kemenangan JDT menerusi gol pada minit ke-89 dalam perlawanan berkenaan.

Walaupun kedudukan dalam senarai Best Goal-Scoring Duos bergantung kepada statistik dan tempoh pengiraan yang digunakan, penyertaan Shahab-Bergson memberikan satu lagi dimensi menarik kepada kekuatan serangan JDT di pentas bola sepak antarabangsa.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 14:47 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
20 Oct, 14:22 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    14:22

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.