
Sime Darby Property bangun pusat data di Elmina menerusi dana RM1.25 bilion
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PETALING JAYA: Penubuhan Dana Pelaburan Ekonomi Baharu bernilai RM1.25 bilion oleh Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bakal memacu pembangunan pusat data serta aset logistik di City of Elmina. (Utusan Malaysia, 19:46)
Read the reporting
1 report
Sime Darby Property bangun pusat data di Elmina menerusi dana RM1.25 bilion
PETALING JAYA: Penubuhan Dana Pelaburan Ekonomi Baharu bernilai RM1.25 bilion oleh Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bakal memacu pembangunan pusat data serta aset logistik di City of Elmina.
Pembangunan aset bernilai tinggi berkenaan dirangka bagi memperkukuh infrastruktur digital dan perindustrian negara berteraskan penggerakan RM25 bilion oleh Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) di bawah program GEAR-UP menerusi Belanjawan 2027.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property, Datuk Seri Azmir Merican berkata, peruntukan dan langkah proaktif kerajaan dalam belanjawan berkenaan berupaya merangsang pelaburan domestik serta mempercepatkan transisi hijau negara.
“Dari sudut pemilikan kediaman, cadangan pengecualian penuh duti setem bagi perjanjian pinjaman dan instrumen pindah milik untuk rumah berharga sehingga RM500,000 serta pengecualian 50 peratus bagi baki melebihi RM500,000 (sehingga RM750,000) bakal membolehkan pemilikan rumah lebih mudah diakses.
“Penyediaan jaminan pembiayaan perumahan sebanyak RM20 bilion menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) pula memberi sokongan penting kepada dianggarkan 80,000 pembeli rumah pertama, khususnya golongan bekerja sendiri,” katanya dalam kenyataan.
Tambah beliau, insentif elaun cukai pelaburan sehingga 100 peratus bagi projek teknologi hijau seperti stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) turut mempercepatkan penerapan infrastruktur mesra alam di seluruh pembangunan perbandaran syarikat.
Beliau turut menilai pelaburan RM15 bilion oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi perancangan grid elektrik serta peruntukan tebat banjir RM100 juta di Lembah Klang dan RM320 juta untuk penambahbaikan kecerunan serta perparitan sebagai langkah penting melindungi infrastruktur negara.
“Pengenalan semula klausa Perubahan Harga (VOP) bagi menangani turun naik kos diesel dan bitumen juga merupakan langkah pragmatik untuk melindungi margin kontraktor dan menjamin kestabilan ekosistem pembinaan,” katanya. – UTUSAN
The post Sime Darby Property bangun pusat data di Elmina menerusi dana RM1.25 bilion appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia19:46
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.