Malaysian Attention Engine
Live wire
59PN boleh cabar notis RoS, penangguhan tidak dibenarkan45KPDN kaji gubal undang-undang bendung 'ulat tiket'45Business : Malaysia Targets MEUFTA Signing By End-June 2027 - Johari45General : Malaysia Cautious Over Proposal To Co-chair The Hague Group - Mohamad45Perikatan gets High Court nod to challenge RoS suspension, but activities remain suspended pending Oct 22 stay bid43Sistem kutipan tol MLFF bakal guna teknologi AI - Alexander42IMF says AI investment keeps global growth around 3%41MyKomuter50 pass for unlimited KTM rides could land by Dec 1, Loke says41World : Iran Offers To Mediate Between Saudi Arabia, Houthis Amid Regional Escalation41Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM40Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara37Business : IOIPG Malaysia REIT Signs Underwriting Agreement For Main Market IPO
NewConfirmedupdated 50 min ago

Simpanan RM1.99 juta lesap, kerabat diraja Terengganu saman dua bank

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
46
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
4
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 12:57 MYTLatest activity 13 Oct, 13:31BMconfidence 83%

What happened

KUALA TERENGGANU – Seorang kerabat diraja Terengganu memfailkan saman sivil terhadap dua institusi kewangan tempatan bagi menuntut semula simpanannya berjumlah keseluruhan kira-kira RM1.99 juta yang didakwa telah lesap daripada akaun simpanan peribadinya pada tahun lalu. (Kosmo!, 12:57)

Read the reporting

2 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Kerabat Diraja Terengganu terkejut simpanan hampir RM2 juta 'ghaib' dalam akaun bank

By Zaid Salim · 13 Oct, 13:31 MYT

KUALA TERENGGANU: Hanya tinggal baki RM73 dan RM99 dalam dua akaun bank miliknya.

Itu pengalaman dilalui seorang kerabat Diraja Terengganu, Tengku Ismail Tengku Ibrahim, 65, yang mendakwa kehilangan wang berjumlah RM1,985,065 daripada akaun peribadinya di dua institusi perbankan.

Susulan kejadian itu, beliau mengambil tindakan undang-undang terhadap dua bank berkenaan bagi menuntut semula wang yang hilang, selain mendakwa berlaku kecuaian dalam pengendalian transaksi dipertikaikan.

Tengku Ismail berkata, kehilangan wang itu hanya disedari ketika beliau membuat semakan di kaunter bank pada awal Januari lalu sebelum mendapati baki dalam akaun miliknya hanya kira-kira RM73, manakala satu lagi akaun bank berbaki sekitar RM99.

Katanya, wang berkenaan dipercayai dikeluarkan sedikit demi sedikit menerusi transaksi berulang sehingga hampir keseluruhan simpanannya lesap.

Beliau berkata, selepas menyedari perkara itu, beliau mendapatkan penjelasan daripada kakitangan bank di kaunter, namun jawapan diberikan tidak memuaskan dan gagal menjelaskan bagaimana wang berkenaan boleh dipindahkan keluar daripada akaunnya.

"Saya kemudian melantik peguam untuk menghantar surat rasmi kepada kedua-dua bank bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai transaksi terbabit.

"Bagaimanapun, sehingga kini saya masih belum menerima penjelasan yang dapat menjawab persoalan bagaimana wang itu boleh dikeluarkan daripada akaun saya," katanya ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu, hari ini.

Tengku Ismail berkata, beliau turut dimaklumkan polis sudah membuat tangkapan membabitkan individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan akaun penerima transaksi berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, beliau masih menunggu maklumat lanjut berhubung perkembangan siasatan polis bagi membantu tindakan sivil yang difailkan terhadap kedua-dua bank terbabit.

Sementara itu, peguam yang mewakilinya, Alif Danial Ahmad Shahrulnizam berkata, transaksi yang dipertikaikan dipercayai berlaku secara berperingkat antara September hingga Disember tahun lalu, dengan jumlah keseluruhan kerugian mencecah RM1,985,065.

Beliau berkata, pihaknya sebelum ini sudah menghubungi kedua-dua bank berkenaan bagi mendapatkan penjelasan, namun mengambil keputusan meneruskan tindakan undang-undang selepas mendakwa belum menerima maklum balas yang memuaskan.

"Writ saman terhadap kedua-dua bank berjaya diserahkan pada 8 Oktober lalu.

"Pengurusan kes pertama bagi saman terhadap bank pertama ditetapkan pada 14 Oktober ini, manakala bagi bank kedua pada 19 Oktober," katanya.

Alif Danial berkata, antara tuntutan dikemukakan pihaknya ialah pemulangan wang yang didakwa lesap itu, selain ganti rugi lain yang berkaitan.

Katanya, kehilangan wang dalam jumlah besar itu memberi kesan kepada anak guamnya yang sudah berusia, termasuk menyebabkan beliau mengalami keresahan dan trauma.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 4 independent sources, 4 new in the last hour
  • Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 47first news pick-upNEWnow
Latest 13:55 MYT
46New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources4Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source
  2. News
    First news outlet reports it (Utusan Malaysia) source

Where it started

Kosmo! (News)
13 Oct, 12:57 MYT
Origin confidence 90% · 10 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    12:57

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Kosmo!, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (4)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.