
SKA Capital aims to raise over RM100 mil from ACE Market IPO
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
SKA Capital aims to raise over RM100 mil from ACE Market IPO (Google News · The Star, NST, The Edge (no own RSS), 12:41)
Read the reporting
1 report
SKA Capital sasar dana RM72.3 juta hasil IPO di Pasaran ACE
KUALA LUMPUR: Penyedia penyelesaian kejuruteraan infrastruktur kuasa, SKA Capital Bhd menyasarkan untuk mengumpul RM72.3 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) pada harga 43 sen sesaham, membabitkan terbitan awam 168.08 juta saham baharu.
Berdasarkan harga terbitan itu, syarikat berkenaan dijangka mempunyai permodalan pasaran indikatif sebanyak RM385.1 juta selepas disenaraikan, berdasarkan modal saham terbitan diperbesarkan sebanyak 895.5 juta saham.
IPO itu turut merangkumi tawaran untuk jualan sebanyak 72.4 juta saham sedia ada, mewakili kira-kira 8.1 peratus daripada jumlah saham diperbesarkan, menerusi penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.
Baki 2.41 juta saham baharu akan ditawarkan menerusi penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.
Daripada hasil IPO itu, sebanyak 45.28 peratus diperuntukkan untuk modal kerja, diikuti 29.06 peratus bagi memenuhi keperluan bon pelaksanaan projek akan datang dan 16.67 peratus untuk pembelian mesin serta peralatan.
Baki 8.99 peratus akan digunakan bagi menampung perbelanjaan berkaitan penyenaraian.
Pengarah Urusan SKA Capital, Datuk Subas Kumar Ambairam, berkata IPO berkenaan menandakan fasa pertumbuhan baharu kumpulan itu, khususnya dalam memperkukuh keupayaan untuk melaksanakan projek infrastruktur kuasa yang lebih besar dan kompleks.
Beliau berkata, peningkatan permintaan elektrik, pembangunan pusat data serta integrasi tenaga boleh baharu dijangka terus membuka peluang pertumbuhan kepada kumpulan itu.
"Tenaga Nasional Bhd (TNB) memperuntukkan RM18 bilion bagi keseluruhan perbelanjaan modal pada 2026, manakala menerusi Belanjawan 2027, TNB akan melabur RM15 bilion khusus untuk memperkukuh grid elektrik negara.
"Komitmen berterusan terhadap daya tahan, pengembangan dan pemodenan grid terus mewujudkan peluang kepada SKA Capital," katanya dalam ucapan sempena pelancaran prospektus IPO SKA Capital di sini, hari ini.
SKA Capital merekodkan peningkatan hasil daripada RM44.4 juta pada tahun kewangan berakhir 2023 kepada RM241.4 juta pada tahun kewangan berakhir 2025.
Bagi tempoh kewangan lima bulan berakhir 31 Mei 2026, kumpulan mencatatkan hasil RM119.2 juta, meningkat 45.4 peratus berbanding RM82 juta dalam tempoh sama sebelumnya.
Menurut Subas, syarikat menyasarkan perkhidmatan kejuruteraan utiliti bawah tanah menyumbang kira-kira 30 peratus kepada hasil kumpulan selepas penyenaraian.
"Syarikat sudah memulakan operasi dalam segmen utiliti bawah tanah, yang kini merangkumi kira-kira 30 peratus daripada buku pesanannya.
"Selepas IPO, kami menjangkakan kira-kira 30 peratus daripada hasil keseluruhan kumpulan akan datang daripada perkhidmatan utiliti bawah tanah, manakala baki 70 peratus daripada perniagaan EPCC pencawang," katanya pada sidang media selepas pelancaran prospektus SKA Capital, itu.
Setakat 21 September 2026, SKA Capital mempunyai buku pesanan tertunggak kira-kira RM313.4 juta daripada projek kejuruteraan pencawang dan utiliti bawah tanah.
Syarikat itu berhasrat menggunakan sumber tambahan daripada IPO untuk meningkatkan keupayaan melaksanakan beberapa projek secara serentak, selain memperluas penyertaan dalam tender bagi kontrak infrastruktur kuasa bernilai lebih tinggi.
Bagaimanapun, beliau berkata, SKA Capital tidak merancang untuk mengembangkan operasinya ke Sabah, Sarawak atau pasaran antarabangsa buat masa ini, sebaliknya memberi tumpuan kepada peluang projek sedia ada.
Permohonan bagi IPO itu dibuka hari ini dan akan ditutup pada 5 petang, 27 October 2026
TA Securities Holdings Bhd bertindak sebagai penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan bagi IPO berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News · The Star, NST, The Edge (no own RSS)12:41
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Google News · The Star, NST, The Edge (no own RSS)
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.