Malaysian Attention Engine
Live wire
48World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix46World : Saudi Arabia Says 3 Killed In Attacks On Riyadh's King Khalid Airport45Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi41Insentif cukai i FB galak sektor korporat perkukuh food bank40Dua wanita rentung, Myvi terbakar lepas bertembung lori39Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara39General : Govt Creates Postal Fund With Initial Allocation Of RM150 Mln - Fahmi39Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202738PBB kecam sekatan AS terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa37Kawal ketat kegiatan pencampuran minyak demi imej negara - Pakar maritim36General : Haze: Perak Religious Schools, Islamic Education Institutions To Monitor API Readings36MVV 2.0 jadi pemangkin utama lonjak Negeri Sembilan
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Sky teroka sisi lucu menerusi Goreng!

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 07:05 MYTLatest activity 11 Oct, 07:05BMconfidence 60%

What happened

Sky teroka sisi lucu menerusi Goreng! (Harian Metro, 07:05)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·3 min read

Sky teroka sisi lucu menerusi Goreng!

By Syafil Syazwan Jefri · 11 Oct, 07:05 MYT

syafil.syazwan@hmetro.com.my

Nama pelakon meningkat naik, Sky Iskandar terus meniti di bibir peminat industri hiburan tanah air apabila tampil mencuba nasib dalam genre aksi komedi menerusi filem terbaharunya berjudul Goreng!.

Filem arahan pengarah tersohor, M Raihan Halim itu bakal menyaksikan Sky memegang watak utama sebagai Joe, seorang pemuda yang kelihatan kurang bertanggungjawab, namun mempunyai impian besar dan agak luar biasa.

Menerusi filem Goreng!, Sky bergandingan dengan barisan pelakon hebat antaranya Nadhir Nasar, Chech Harith, Tony Eusoff dan Amelia Henderson.

Mengulas mengenai pembabitannya dalam Goreng!, Sky mengakui garapan jalan cerita dan komedi yang dibawa filem ini menjadi faktor utama dia tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran berkenaan.

"Sebab utama saya menerima naskhah ini adalah kerana corak filem ini yang pada pandangan saya sangat segar. Lagipun saya belum pernah berlakon dalam genre komedi. Berlakon komedi sememangnya salah satu daripada 'bucket list' (dalam senarai) saya," katanya.

Menurut Sky, watak Joe yang dibawakannya adalah pemuda idealis, tetapi kurang bertanggungjawab yang berhasrat merompak sebuah bank.

Bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan masyarakat, Joe membina strategi dengan membuka kedai pisang goreng bersama kawan-kawannya untuk menutup rancangan jahat mereka.

Namun, tanpa disangka-sangka, kedai pisang goreng yang dibuka hanya sebagai perancangan sampingan itu tiba-tiba tular dan menjadi kegemaran ramai.

Bagi menjayakan babak di kedai pisang goreng, Sky bersama rakan pelakon yang lain turut turun padang mempelajari teknik membancuh tepung dan menggoreng pisang daripada pakar jualan tempatan, Gorpis.

"Saya banyak belajar mengenai bancuhan tepung, gula, garam dan selok-belok memasak. Memang persekitarannya sangat panas, tetapi ia pengalaman yang sangat menyeronokkan," katanya.

Mengakui lakonan komedi memerlukan penguasaan rentak dan penentuan masa yang tepat, Sky menyifatkan perkara itu sebagai cabaran baharu buat dirinya yang sebelum ini lebih sinonim dengan watak berkonflik berat dan menegangkan.

"Sebelum ini saya dah biasa dengan filem yang penuh emosi dan berkerut dahi, jadi untuk filem ini saya kena buang semua kebiasaan itu.

"Mujur saya bekerjasama dengan barisan pelakon dan pengarah yang sangat mantap. Keserasian kami memudahkan proses penggambaran bagi mendapatkan 'timing' komedi yang betul," katanya.

Menariknya, filem Goreng! turut diinspirasikan daripada peristiwa sebenar kejadian rompakan bank di Cheras pada 1995 di mana perompak menggali terowong menerusi saluran longkang pada musim perayaan.

Dalam pada itu, perkembangan kerjaya Sky dilihat semakin berkembang pesat apabila satu demi satu tawaran lakonan hadir menerusi pelbagai genre watak.

Daripada watak berkonsepkan aksi, ustaz, sehingga ke pro-wrestler, kepelbagaian bakat yang ditunjukkan pelakon ini membuktikan kemampuannya untuk menggalas pelbagai peranan.Sky meluahkan rasa syukur atas rezeki yang tidak pernah putus dan kepercayaan yang terus diberikan oleh pelbagai produksi dalam industri penerbitan tempatan.

"Berada di tahap ini dengan semua pengalaman yang saya lalui, saya sangat bersyukur dengan rezeki yang diterima. Saya sentiasa teruja untuk meneroka lebih banyak peluang serta memberikan sumbangan bermakna kepada industri ini," katanya.

Kata Sky lagi, dia tidak pernah meletakkan syarat ketat atau memilih watak, sebaliknya bersedia mencabar kemampuan diri asalkan karakter yang ditawarkan mampu menyampaikan jalan cerita yang baik.

"Bagi saya, jika sesuatu watak itu dapat menjayakan penceritaan dan menambah nilai kepada naskhah itu, saya okey sahaja untuk mencuba asalkan ia masih menerusi batas yang ditetapkan," katanya.

Ditanya mengenai perancangan watak impian selepas ini, Sky yang kini melepasi fasa awal penggambaran Goreng! membayangkan keinginan untuk mencuba genre komedi romantik (rom-com) pula pada masa akan datang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow08:0009:00
Latest 09:01 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
11 Oct, 07:05 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    07:05

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Sky teroka sisi lucu menerusi Goreng!
Harian MetroNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Sky teroka sisi lucu menerusi Goreng! · Malaysian Attention Engine