
Solat benteng jiwa, jauhi sombong dan kezaliman – Ismail
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA PILAH – Solat bukan sekadar kewajipan kepada umat Islam, malah menjadi asas membentuk kekuatan jiwa, memelihara keimanan dan membina akhlak mulia dalam kehidupan seharian. (Kosmo!, 17:04)
Read the reporting
2 reportsIsmail Lasim: Hayati peranan solat bentuk kekuatan jiwa
KUALA PILAH - Solat bukan sekadar kewajipan, sebaliknya asas dalam membentuk kekuatan jiwa, memelihara keimanan dan membina akhlak yang mulia.Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim berkata, perkara itu antara pengajaran daripada khutbah Jumaat bertajuk "Membenteng Jiwa dengan Solat".Khutbah disampaikan ketika beliau menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat setempat di Masjid Kariah Beting, Kuala Pilah, di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh, pada Jumaat.Beliau berkata, orang yang benar-benar menghayati makna sujud akan berusaha menjauhi sifat sombong, kebencian dan kezaliman.Menurutnya, individu berkenaan menyedari bahawa setiap manusia ialah hamba ALLAH SWT yang wajib dihormati haknya dan diperlakukan dengan adil."Sujud juga melatih manusia mengawal nafsu yang sentiasa menginginkan pujian, penghormatan dan keutamaan," katanya dalam hantaran di laman Facebooknya pada Jumaat.Ismail berkata, beliau amat menghargai peranan masjid sebagai pusat ibadah dan penyatuan ummah, bukan sahaja dalam mengimarahkan syiar Islam, malah sebagai tempat mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat.Beliau berkata, kehadirannya menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan adalah seperti yang direncanakan mengikut jadual mingguan.Sehubungan itu, beliau berharap ALLAH SWT membimbing umat Islam untuk terus istiqamah dalam ibadah, memelihara akhlak dan menjadi insan yang membawa kebaikan kepada masyarakat.
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!17:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Kosmo!, Sinar Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.