
SPRM kerjasama dengan PDRM teliti isu MyEG
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meneliti isu membabitkan My EG Sdn Bhd (MyEG) dan Zetrix AI Berhad. (Utusan Malaysia, 11:43)
Read the reporting
2 reportsSPRM kerjasama dengan PDRM teliti isu MyEG
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meneliti isu membabitkan My EG Sdn Bhd (MyEG) dan Zetrix AI Berhad.
SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan aduan berhubung perkara itu telah diterima pada 7 Oktober lalu.
Katanya, SPRM turut mengambil maklum bahawa isu berkenaan sedang disiasat oleh PDRM.
“Sehubungan itu, SPRM akan bekerjasama rapat dengan PDRM bagi meneliti dan melaksanakan perkongsian maklumat dalam menyiasat perkara ini berdasarkan kesalahan-kesalahan di bawah bidang kuasa pihak polis.
“PDRM akan menyalurkan apa-apa maklumat sekiranya wujud elemen rasuah untuk tindakan SPRM selanjutnya,” katanya di sini.
Kata kenyataan itu, SPRM mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana pihak untuk menyalurkan maklumat lanjut berkaitan isu tersebut.
Pada masa yang sama, SPRM menyeru semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai siasatan ini selain tidak menyebarkan berita tidak sahih yang boleh menjejaskan proses siasatan.
“SPRM tidak akan berkompromi dan akan melaksanakan siasatan dengan bebas, adil, serta berlandaskan undang-undang,” jelasnya.
Pada 5 Oktober lalu, sejumlah RM314 juta kutipan hasil kerajaan belum dipindahkan oleh My E.G. Sdn Bhd (MYEG) dan Zetrix AI Berhad ke Akaun Terimaan Utama Pejabat Perakaunan Kementerian Pengangkutan bermula 19 Mei sehingga 30 September lalu.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kemudian berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengambil keputusan untuk menggantung perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI Berhad sebagai ejen pemungut hasil JPJ berikutan kegagalan syarikat-syarikat tersebut memenuhi kewajipan memindahkan kutipan hasil kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan.- UTUSAN
The post SPRM kerjasama dengan PDRM teliti isu MyEG appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 5 independent sources, 5 new in the last hour
- Driven by news coverage (5 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia11:43
Internet reaction
- MACC to work with police on MyEG, Zetrix AI investigationu/Scoop Reporters · Scoop · 12:31 · EN
What we know
- Covered by 5 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Harian Metro, Sinar Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (7)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.