
Suami isteri dicekup jadi penghantar dadah
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUANTAN: Baru lima bulan mendirikan rumah tangga, sepasang suami isteri kini terpaksa ‘berbulan madu’ di lokap selepas kegiatan mereka sebagai penghantar ataupun transporter dadah terbongkar. (Utusan Malaysia, 11:15)
Read the reporting
3 reports
Pasangan baru kahwin ditahan bersama dadah bernilai RM291,250
am@hmetro.com.my
Kuantan: Suami isteri ditahan selepas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM291,250 dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di daerah ini, baru-baru ini.
Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata, pasangan berusia 40 dan 46 tahun itu yang baharu lima bulan berkahwin ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang pada jam 11.30 malam.
Menurutnya, hasil pemeriksaan di rumah terbabit menemukan pelbagai jenis dadah iaitu ganja seberat 2,170 gram, heroin (1,905 gram), pil yaba (725 gram) dan Erimin 5 (1,515 gram) yang keseluruhannya berjumlah 6,315 gram.
Katanya, jika dadah itu terlepas di pasaran, ia mampu digunakan untuk 20,945 orang.
"Siasatan mendapati kedua suspek itu tidak mempunyai rekod lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan jika disabitkan kesalahan.
"Suami isteri ini direman sehingga 25 Oktober ini bagi melengkapkan siasatan," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, hari ini.
Azry Akmar berkata, modus operandi sindiket itu adalah dengan menerima arahan dan menghantar bekalan ke tempat yang ditetapkan di sekitar daerah ini.
Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek mengaku menerima bayaran berjumlah RM1,200 hingga RM1,400 seminggu.
"Siasatan lanjut juga dilakukan mengikut Akta Dadah (perlucuthakan harta) 1988 ke atas harta milik suspek membabitkan lima kenderaan dan tiga barang kemas dengan nilai sitaan RM103,789.
"Dalam kes ini, nilai anggaran rampasan dadah dan sitaan harta berjumlah RM395,039.," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan atau aktiviti penyalahgunaan dadah supaya menyalurkannya ke Pusat Kawalan Kontinjen Pahang (CCC) di talian 09-5051999 Bilik Operasi 24 jam JSJN Pahang di talian 09-5052287 atau balai polis berhampiran.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is accelerating
- Mention velocity 2.0× the previous hour (2 vs 1 mentions)
- Current hour is 1.8 standard deviations above this event's own baseline
- 3 independent sources, 2 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia11:15
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Harian Metro, Sinar Harian, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.