Malaysian Attention Engine
Live wire
46Business : MoF: No Commitment To Provide Financing Support To AirAsia46Man held over viral video involving alleged indecent act with cat46‘Lesti, saya mohon maaf atas adab yang tidak sempurna’46Polis Kelantan buka 2 kertas siasatan isu tular aktivis media sosial dan komuniti Rohingya45Guthrie nafi cetus kebakaran hutan di Indonesia43SD Guthrie denies Indonesian estates caused fires43Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi41Belum sempat pecah rumah, perompak lari disergah CCTV40Lelaki tular lakukan perbuatan tidak senonoh pada kucing ditahan39Isu warga asing Pandan Mewah: Tanah lapang milik kerajaan tak sepatutnya disalah guna - MPAJ39Australian lawmaker Helen Haines in critical condition after vehicle attack36Rapid KL sedia 85 bas khas sempena Grand Prix Malaysia
NewConfirmedupdated 43 min ago

Pendawaian elektrik sesuka hati, laluan keluar tak cukup ancam penghuni asrama warga asing

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
44
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 10:21 MYTLatest activity 20 Oct, 10:39BMconfidence 66%

What happened

SEREMBAN – Pendawaian elektrik yang diubah suai tanpa kawalan serta penggunaan wayar penyambung secara berlebihan antara bahaya kebakaran yang dikesan di beberapa premis yang dijadikan asrama pekerja warga asing di Oakland, Seremban 2, di sini.Malah, pemeriksaan turut mendapati laluan kecemasan di premis berkenaan tidak mencukupi untuk membolehkan penghuni menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran.Perkara itu dikesan menerusi 'Op Sarang Burung' bersepadu yang dilaksanakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan (JBPMNS) bermula jam 12 tengah malam pada Selasa.Pengarah JBPMNS (Sinar Harian, 10:21)

Read the reporting

2 reports
Sinar Harian·News·BM·2 min read

Pendawaian elektrik sesuka hati, laluan keluar tak cukup ancam penghuni asrama warga asing

By SYAMILAH ZULKIFLI · 20 Oct, 10:21 MYT

SEREMBAN – Pendawaian elektrik yang diubah suai tanpa kawalan serta penggunaan wayar penyambung secara berlebihan antara bahaya kebakaran yang dikesan di beberapa premis yang dijadikan asrama pekerja warga asing di Oakland, Seremban 2, di sini.Malah, pemeriksaan turut mendapati laluan kecemasan di premis berkenaan tidak mencukupi untuk membolehkan penghuni menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran.Perkara itu dikesan menerusi 'Op Sarang Burung' bersepadu yang dilaksanakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan (JBPMNS) bermula jam 12 tengah malam pada Selasa.Pengarah JBPMNS, Nor Arifin Kamari berkata, daripada 242 rumah kedai yang diperiksa, sebanyak 19 unit dikenal pasti tidak mematuhi peraturan keselamatan kebakaran yang ditetapkan."Antara kesalahan yang dilakukan ialah pengubahsuaian struktur asal premis, termasuk pembinaan bilik menggunakan papan lapis yang mudah terbakar serta ketiadaan laluan keluar yang mencukupi untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kecemasan."Malah, kebanyakan premis turut mengubah suai sistem pendawaian elektrik yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan bagi menampung beban penggunaan yang lebih tinggi, selain terdapat banyak pendawaian haram yang berisiko mengakibatkan litar pintas," katanya ketika ditemui media selepas operasi pada Selasa.Menurutnya, pemilik premis atau majikan perlu mengambil serius perkara itu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.Beliau berkata, penggunaan wayar penyambung secara berlebihan tidak digalakkan, manakala sistem pendawaian elektrik perlu dipasang mengikut piawaian yang ditetapkan serta mendapat kelulusan Suruhanjaya Tenaga."Sebaiknya, sebelum menukar kumpulan penghuni premis, pemilik perlu merujuk Majlis Bandaraya Seremban (MBS), bomba dan agensi berkaitan untuk mendapatkan nasihat bagi memastikan aspek keselamatan serta keperluan bangunan dipatuhi," katanya.Nor Arifin berkata, pihaknya akan mengeluarkan notis kepada pemilik premis dalam masa terdekat bagi menghapuskan bahaya kebakaran mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988.Tambahnya, kegagalan mematuhi notis bomba boleh menyebabkan pemilik berdepan tindakan undang-undang dan denda maksimum RM5,000, tertakluk kepada keputusan mahkamah.Dalam perkembangan berkaitan, Ariffin berkata, sebanyak 45 mangsa insiden kebakaran direkodkan sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini, dengan tiga kematian, lapan mangsa cedera dan 34 lagi berjaya diselamatkan."Sepanjang tempoh sama, sebanyak 781 mangsa terlibat dalam insiden penyelamatan, dengan 65 kematian direkodkan, manakala 287 mangsa cedera dan 429 lagi berjaya diselamatkan," katanya.Selain itu ujarnya, sebanyak 378 premis telah menerima Perakuan Bomba pada tahun lalu, meningkat 10.26 peratus berbanding 342 premis pada 2024.Tambahnya, bagi pemeriksaan menghapuskan bahaya kebakaran pula, sebanyak 670 premis diperiksa pada tahun lalu, meningkat 2.6 peratus berbanding 653 premis pada 2024."Secara keseluruhan, sebanyak 715 pemeriksaan Menghapuskan Bahaya Kebakaran(MBK) direkodkan pada tahun ini, manakala 369 notis MBK dikeluarkan terhadap 75 premis,"katanya.Sementara itu dalam operasi sama, Jabatan Imigresen Negeri Sembilan telah menahan seramai 81 warga asing berusia antara lapan hingga 45 tahun daripada 355 yang diperiksa.Ia membabitkan seramai 53 lelaki, 27 wanita dan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, terdiri daripada warga Myanmar, Bangladesh, Pakistan dan India.

As published in Sinar Harian’s feed.Read at Sinar Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 45first news pick-upNEWnow11:00
Latest 11:07 MYT
44New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Utusan Malaysia) source

Where it started

Sinar Harian (News)
20 Oct, 10:21 MYT
Origin confidence 90% · 19 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    10:21

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Sinar Harian, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.