Malaysian Attention Engine
Live wire
40General : Marriage Between M'sian Muslim And Foreign National Of The Islamic Faith Won't Change Ethnicity To Malay - Saifuddin Nasution39General : Malaysia Targets 250,000 International Students By 2030 - Zambry37Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut37Pan-gon bimbang pemulihan Faisal ambil masa lebih lama36Pelajar universiti ‘kantoi’ seludup 4 kilogram syabu dari Malaysia36F1 GP Bahrain di Sepang jana impak ekonomi hampir RM950 juta35General : Husbands Can Also Be Victims Of Domestic Violence - Welfare Dept35Business : Govt Settles RM17.15 Bln In Excess Tax Refunds As Of Sept 3035Epic Games Delays Disney Project, Asks Developers to Use More AI35General : MPs Welcome Higher Allocations For Sabah, Sarawak, Urge For Finalised Special Grant Formula35General : JPN Ensures Strict Controls In MyKad Issuance - DG35Nexal Pad launches at RM1,099 with an 11in screen and 10,000mAh battery
NewConfirmedresurfacingupdated 3 h ago

Sudah 'jatuh cinta' dengan kerjaya penerbitan

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
18
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 06:45 MYTLatest activity 14 Oct, 06:51BMconfidence 80%

What happened

Sudah 'jatuh cinta' dengan kerjaya penerbitan (Google News Malaysia (BM), 06:45)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Sudah 'jatuh cinta' dengan kerjaya penerbitan

By Serimah Mohd Sallehuddin · 14 Oct, 06:51 MYT

am@hmetro.com.my

KEJAYAAN filem Tarung: Unforgiven mengutip kira-kira RM23.3 juta membuatkan pelakon Aedy Ashraf tidak menolak kemungkinan bakal mengehadkan tawaran lakonan bagi tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Aedy, 33, berkata dia berasa semakin seronok meneroka bidang penerbitan menerusi syarikatnya, Alpha47 Films apabila filem sulung terbitannya itu berjaya membuat kutipan yang baik.

Menurutnya, pada masa sama, dia juga mahu menghasilkan lebih banyak karya yang memberi nilai dan makna kepada penonton, khususnya golongan muda.

"Saya sangat seronok dengan cabang baharu yang diceburi ini. Penerbit kreatif di Malaysia tidak ramai, jadi saya menggalas tanggungjawab untuk menyajikan lebih banyak filem yang mempunyai nilai moral, jalan cerita menarik dan makna kepada penonton muda.

"Melainkan ada tawaran yang sangat baik, saya tidak menolak rezeki. Namun, buat masa ini, penerbitan menjadi fokus kerana saya benar-benar seronok melakukan kerja ini," katanya ketika ditemui pada pelancaran The Spritzer ION Media Launch di Serdang, baru-baru ini.

Aedy berkata, peluang yang hadir untuk meneroka bidang penerbitan dirasakan tepat pada masanya, sekali gus dia mahu memanfaatkan ruang berkenaan dengan sebaik mungkin.

"Saya rasa tanggungjawab itu diberikan tepat pada masanya. Saya mahu menggalasnya dengan sebaik-baiknya. Sekurang-kurangnya buat masa sekarang, itulah yang mahu saya lakukan," katanya.

Dalam pada itu, Aedy mengakui tidak sabar untuk menerbitkan filem seterusnya selepas Tarung: Unforgiven.

Bagaimanapun, dia mahu memberi ruang kepada diri sendiri dan pasukannya untuk berehat sebelum kembali memberi tumpuan kepada projek baharu.

Katanya, pembangunan filem sulung Alpha47 Films itu mengambil masa kira-kira dua tahun termasuk proses persiapan sebelum ditayangkan di pawagam pada Mei lalu.

"Kalau boleh, pada hari filem itu ditayangkan, saya mahu terus menghasilkan filem lain, tetapi Tarung sendiri mengambil masa dua tahun untuk dibangunkan.

"Sepanjang tempoh itu, saya dan pasukan Alpha47 bekerja keras tanpa cuti, ibarat orang gila kerja di pejabat, semata-mata mahu menghasilkan filem berkualiti yang disukai ramai," katanya.

Justeru, Aedy merancang berehat kira-kira enam bulan sebelum menyusun langkah untuk dua projek seterusnya.

"Buat masa ini, kami mahu berehat seketika, mungkin enam bulan, untuk mengambil nafas sebelum merancang dua projek akan datang.

"Kami sudah mempunyai beberapa judul dalam perancangan. Cuma, kami masih menunggu masa yang sesuai untuk menentukan filem mana akan diterbitkan terlebih dahulu," katanya.

Mengulas perancangan jangka panjang, Aedy berkata, Alpha47 Films menyasarkan penerbitan dua filem serentak pada tahun depan sebelum memberi tumpuan kepada pembikinan Tarung 2 pada tahun berikutnya.

"Insya-Allah, pada 2027, Alpha47 akan menerbitkan dua filem serentak supaya masa pada 2028 dapat digunakan untuk menghasilkan Tarung 2.

"Sebagai penerbit bersama rakan kongsi, Zaidi Zaimi, kami perlu menjaga garis masa supaya sesebuah naskhah tidak mengambil masa terlalu lama atau disiapkan terlalu cepat," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 33NEWnow07:0008:0009:0010:00
Latest 10:01 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. Detected
    First detected (Harian Metro) source
  3. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
14 Oct, 06:45 MYT
Origin confidence 60% · 6 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    06:45

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Sudah 'jatuh cinta' dengan kerjaya penerbitan
hmetro.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Sudah 'jatuh cinta' dengan kerjaya penerbitan · Malaysian Attention Engine