Malaysian Attention Engine
NewUnconfirmedupdated 4 h ago

Sukan SEA 2027: 14,000 sukarelawan diperlukan, permohonan dibuka 5 Disember

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 8 Oct, 16:02 MYTLatest activity 9 Oct, 04:29BMconfidence 60%

What happened

KIRA-KIRA 14,000 sukarelawan diperlukan bagi membantu menjayakan Sukan SEA 2027 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, Sarawak, Johor dan Pulau Pinang dari 18 hingga 29 September tahun depan.Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) dan Sukan Para ASEAN 2027, Datuk Abdul Rashid Yaakub berkata, jumlah tersebut merangkumi kira-kira 5,000 hingga 8,000 sukarelawan Sukan SEA 2027 diperlukan bagi kluster Kuala Lumpur."Di Pulau Pinang mungkin anggaran 2,000 sukarelawan diperlukan dan Sarawak mungkin dalam 5,000 ke 6,000. Jumlah keseluruhan mungkin akan mencecah kira-kri (Sinar Harian, 16:02)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Sukan SEA 2027: 14,000 sukarelawan diperlukan

By BERNAMA · 9 Oct, 04:29 MYT

KUALA LUMPUR: Kira-kira 14,000 sukarelawan diperlukan bagi membantu menjayakan Sukan SEA 2027 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, Sarawak, Johor dan Pulau Pinang dari 18 hingga 29 Sept tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) dan Sukan Para ASEAN 2027 Datuk Abdul Rashid Yaakub berkata, jumlah itu merangkumi kira-kira 5,000 hingga 8,000 sukarelawan Sukan SEA 2027 diperlukan bagi kluster Kuala Lumpur.

"Di Pulau Pinang mungkin anggaran 2,000 sukarelawan diperlukan dan Sarawak mungkin dalam 5,000 ke 6,000. Jumlah keseluruhan mungkin akan mencecah kira-kria 14,000 orang bagi keeempat-empat kluster Sukan SEA 2027," katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga memerlukan khidmat 5,000 sukarelawan bagi membantu menjayakan Sukan Para ASEAN (APG) 2027 yang berlangsung di Kuala Lumpur dari 17 hingga 23 Oktober.

"Sukarelawan APG mungkin lebih istimewa dan lebih mahir mengendalikan atlet kurang upaya ini," katanya.

Katanya, permohonan untuk menjadi sukarelawan bagi kedua-dua temasya sukan itu akan dibuka pada 5 Disember ini, kepada semua peringkat umur termasuk tenaga dari luar negara.

"MASOC menyasarkan untuk merekrut sukarelawan dari negara luar khususnya pelajar antarabangsa yang berupaya berkomunikasi dalam bahasa negara peserta terlibat," katanya.

Sementara itu, Abdul Rashid berkata kira-kira 1,000 permohonan prapendaftaran sukarelawan kedua-dua temasya sukan itu sudah diterima setakat ini, menerusi program anjuran kerajaan termasuk Program MADANI Kita sebelum ini.

Abdul Rashid berkata sukarelawan bukan sahaja menerima pakaian, malah turut dipertimbangkan bantuan penginapan, makanan dan pengangkutan sepanjang temasya berlangsung.

"Negara kita memang sangat terkenal dengan penganjuran sukan. Kalau kita tengok baru-baru ini pun dalam penganjuran Formula 1 Grand Prix Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang, ramai peminat teruja.

"Dengan kesanggupan rakyat Malaysia untuk terlibat dengan sukan ini, saya yakin ramai mahu turut serta. Jadi saya jemput semua untuk terlibat sebagai sukarelawan Sukan SEA 2027 dan Sukan Para ASEAN 2027," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 20NEWnow08:0009:00
Latest 09:03 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
9 Oct, 04:29 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    04:29

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.