
Supratechnic, GreenFish bekerjasama perkenal aplikasi AI kesan lokasi ikan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Supratechnic (M) Sdn Bhd menjalin kerjasama dengan syarikat teknologi perikanan Iceland, GreenFish, bagi memperkenalkan aplikasi kecerdasan buatan (AI) yang membantu nelayan kecil mengenal pasti kawasan berpotensi mempunyai ikan, sekali gus berpotensi menjimatkan masa dan kos operasi. (Berita Harian, 12:50)
Read the reporting
1 report
Supratechnic, GreenFish bekerjasama perkenal aplikasi AI kesan lokasi ikan
KUALA LUMPUR: Supratechnic (M) Sdn Bhd menjalin kerjasama dengan syarikat teknologi perikanan Iceland, GreenFish, bagi memperkenalkan aplikasi kecerdasan buatan (AI) yang membantu nelayan kecil mengenal pasti kawasan berpotensi mempunyai ikan, sekali gus berpotensi menjimatkan masa dan kos operasi.
Kerjasama itu membabitkan pengenalan aplikasi Afli yang menggabungkan teknologi AI, pemantauan satelit dan data oseanografi untuk menghasilkan ramalan lokasi ikan yang dikemas kini sekurang-kurangnya setiap enam jam.
Aplikasi itu dibangunkan khusus untuk nelayan berskala kecil yang menggunakan bot di bawah 40 tan daftar kasar (GRT), khususnya di Zon A dan B, serta boleh digunakan menerusi telefon bimbit tanpa memerlukan perkakasan tambahan.
Ketua Pegawai Eksekutif Supratechnic merangkap Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan USP Group, Melvin Tan, berkata teknologi berkenaan bertujuan membantu nelayan membuat keputusan lebih baik ketika merancang aktiviti penangkapan ikan.
Beliau berkata, nelayan kecil sering berdepan ketidaktentuan hasil tangkapan walaupun perlu menanggung kos bahan api, masa dan tenaga bagi setiap perjalanan ke laut.
"Afli meletakkan ramalan berasaskan AI pada telefon bimbit yang mereka bawa bersama-sama pengetahuan yang telah terkumpul bergenerasi lamanya," katanya pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama itu di sini, hari ini.
Melalui perjanjian kerjasama itu, Supratechnic dilantik sebagai pengedar eksklusif aplikasi berkenaan di Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Aplikasi berkenaan turut membolehkan ramalan lokasi ikan disimpan dalam telefon bimbit untuk digunakan ketika berada di laut, termasuk di kawasan yang tidak mempunyai liputan rangkaian telekomunikasi.
Sebagai langkah permulaan, Supratechnic dan GreenFish akan melaksanakan projek perintis percuma membabitkan 50 nelayan yang dipilih daripada sekurang-kurangnya tiga cawangan Supratechnic di Semenanjung.
Program yang dijangka berlangsung antara empat hingga enam bulan, termasuk ketika musim monsun, akan menilai ketepatan ramalan aplikasi itu berbanding lokasi penangkapan ikan yang lazim digunakan nelayan.
Penilaian turut merangkumi penggunaan bahan api dan masa yang diperlukan untuk mencari ikan, bagi menentukan keberkesanan teknologi berkenaan dalam keadaan operasi sebenar.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi GreenFish, Baldur S Blöndal, berkata kerjasama berkenaan akan membolehkan syarikat menguji keberkesanan teknologinya dalam persekitaran perikanan tempatan, termasuk ketika musim monsun.
Beliau berkata, teknologi dan pendekatan yang digunakan GreenFish sebelum ini terbukti berkesan dalam operasi penangkapan ikan berskala besar dan kini akan disesuaikan untuk kegunaan nelayan kecil di Malaysia.
Selain ramalan lokasi ikan, kedua-dua syarikat turut membangunkan ciri keselamatan perjalanan, termasuk amaran kepada kenalan terpilih sekiranya nelayan gagal melaporkan kedudukan mereka dalam tempoh ditetapkan serta fungsi kecemasan SOS, namun ciri berkenaan masih dalam pembangunan dan tertakluk kepada penilaian sebelum diperkenalkan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian12:50
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.