Malaysian Attention Engine
Live wire
50Mayat bayi tanpa kepala, satu tangan ditemukan dalam longkang42World : 19 Countries Condemn Colombia's Opening Of Embassy In Jerusalem39Most of Indonesia’s fires outside Malaysian-owned concessions, says Fahmi37PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang35El Nino: Nelayan pantai antara terkesan35PPM terbongkar taktik lori tangki bawa diesel dua kali ganda34Business : Selangor Aims To Become National, ASEAN Care Industry Hub By 203034Dia ajar saya cara menangis – Aila Azizul puji sikap profesional Zul Ariffin34Two Singapore-listed palm oil firms named in Greenpeace report on Indonesian plantation fires33World : Singapore, Malaysia, Indonesia Conduct Trilateral Oil Spill Exercise33Haze: Schools must close, public gatherings cancelled if API exceeds 200, says Health Ministry33Man United, Tottenham terdesak menang
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Surat isi bahan mencurigakan dihantar kepada senator, pejabat pilihan raya AS

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 20:00 MYTLatest activity 16 Oct, 20:00BMconfidence 60%

What happened

WASHINGTON: Pihak berkuasa persekutuan Amerika Syarikat (AS) sedang menjalankan siasatan berhubung siri penghantaran surat didakwa mengandungi bahan mencurigakan kepada pejabat Kongres dan pejabat pilihan raya negeri. (Utusan Malaysia, 20:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Surat isi bahan mencurigakan dihantar kepada senator, pejabat pilihan raya AS

By ISZ YUSLIZA · 16 Oct, 20:00 MYT

WASHINGTON: Pihak berkuasa persekutuan Amerika Syarikat (AS) sedang menjalankan siasatan berhubung siri penghantaran surat didakwa mengandungi bahan mencurigakan kepada pejabat Kongres dan pejabat pilihan raya negeri.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Perkhidmatan Pemeriksaan Pos AS (USPIS) menyatakan mereka sedang berusaha mengesan dalang di sebalik penghantaran surat mencurigakan itu di mana sebahagian daripadanya berjaya dipintas sebelum sampai ke destinasi.

Pihak berkuasa bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar pejabat yang menjadi sasaran namun beberapa Setiausaha Negeri dan pejabat Kongres mengesahkan menerima surat berkenaan.

Insiden yang berlaku hanya beberapa minggu menjelang pilihan raya pertengahan penggal AS itu membangkitkan semula kebimbangan keselamatan berhubung ancaman mencurigakan sebelum ini.

Surat itu dihantar ke sekurang-kurangnya lima pejabat senator daripada Parti Demokrat, dengan sebahagian besarnya berjaya dipintas sebelum diserahkan.

Pejabat bagi Senator Alex Padilla (California), Chris Murphy (Connecticut), dan Kirsten Gillibrand (New York) mengesahkan perkara itu kepada BBC . Menurut CBS News , Senator Chuck Schumer (New York) dan Senator Lisa Blunt Rochester (Delaware) turut menjadi sasaran penghantaran mel berkenaan.

“Insiden ini merupakan peringatan jelas mengenai bahaya sebenar yang dihadapi oleh mereka yang berkhidmat untuk masyarakat serta mengendalikan pilihan raya kita di tengah-tengah retorik politik yang semakin agresif,” kata Padilla dalam satu kenyataan.

Beberapa pejabat peringkat negeri turut dilaporkan menerima surat mencurigakan tersebut. Jabatan Pilihan Raya Delaware memaklumkan pejabatnya menerima dan membuka secebis surat mengandungi serbuk putih pada Khamis, sambil menambah kakitangan mematuhi protokol keselamatan ketika mengendalikan surat itu.

Lembaga Pilihan Raya Negeri Oklahoma dan Setiausaha Negeri Louisiana turut mengesahkan pejabat masing-masing menerima surat mengandungi serbuk putih pada minggu ini.

Pejabat di Louisiana terpaksa dipindahkan selepas seorang kakitangan membuka surat berkenaan pada Selasa, namun ia sudah beroperasi semula selepas pihak berkuasa mengesahkan tiada sebarang bahan berbahaya ditemui.

Sementara itu, Setiausaha Negeri Ohio, Frank LaRose memaklumkan pejabatnya merupakan sasaran penerima surat berisi serbuk putih berkenaan, namun dipintas oleh USPIS.

Bangunan Kapitol Negeri New York di Albany dan Kapitol Negeri Wyoming di Cheyenne turut dilaporkan menerima bungkusan mencurigakan, mengikut maklumat imbasan perkhidmatan kecemasan yang diteliti BBC.

“FBI dan USPIS akan terus melindungi orang ramai serta memastikan keselamatan proses pilihan raya bagi seluruh warga AS,” menurut kenyataan bersama kedua-dua agensi berkenaan pada Khamis.

The post Surat isi bahan mencurigakan dihantar kepada senator, pejabat pilihan raya AS appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 20:53 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
16 Oct, 20:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    20:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.