Malaysian Attention Engine
Live wire
51General : Selangor Sultan Launches Commemorative Items For Silver Jubilee46Business : Malaysia's Inflation Eased To 1.8 Pct In September 2026 - DOSM43World : Cambodia, Thailand Agree On Trust-Building Steps In Maritime Boundary Talks In The Hague41World : Musk Pledges One SpaceX Share To Every US Child Next Year41General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November41Consider shutting down pig farms nationwide: Wan Saiful40General : MPS Urged To Be Cautious With Words To Avoid Controversies In Dewan Rakyat – Johari40KL20: Kerajaan terus tambah baik inisiatif sedia ada - Akmal Nasir38Dagangan Malaysia catat pencapaian luar biasa sembilan bulan pertama 202638Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals35Business : Malaysia Is Back In Business, Amir Hamzah Tells IMF-World Bank Meetings35MTEN teliti tiga keutamaan pacu ekonomi negara
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Syor gubal RUU Pariti Gender, 30 peratus perwakilan wanita perlu sokongan politik

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 16:09 MYTLatest activity 19 Oct, 16:09BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Pariti Gender dalam Perwakilan Politik bagi meningkatkan penyertaan wanita kepada 30 peratus masih dalam penelitian. (Berita Harian, 16:09)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Syor gubal RUU Pariti Gender, 30 peratus perwakilan wanita perlu sokongan politik

By BERNAMA · 19 Oct, 16:09 MYT

KUALA LUMPUR: Cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Pariti Gender dalam Perwakilan Politik bagi meningkatkan penyertaan wanita kepada 30 peratus masih dalam penelitian.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, bagaimanapun mengakui perkara itu tidak mudah untuk dilaksanakan dan memerlukan sokongan pemimpin politik.

"Kami tidak putus asa dan kami akan teruskan. Kami cuba melihat perbandingan dengan negara-negara lain. Bagaimana negara lain yang (melaksanakan) wanita sahaja atau kerusi khas untuk wanita sahaja.

"Tetapi kami juga perlu mendapat persetujuan dan sokongan daripada pemimpin-pemimpin politik. Kalau pemimpin politik tidak memberi peluang ini kepada kami (wanita), maka kami masih juga sukar (mencapai sasaran)," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (PH-Sekijang) mengenai cadangan penggubalan RUU berkenaan yang pernah dibangkitkan sebelum ini bagi

Nancy ketika menjawab soalan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) mengenai status pelaksanaan Dasar Wanita Negara (DWN) 2025-2030, berkata ia dipantau dua kali setahun menerusi papan pemuka pemantauan bagi memastikan inisiatif memperkasa wanita dalam bidang ekonomi, kepimpinan, keselamatan dan kesejahteraan mencapai matlamat ditetapkan.

Beliau berkata, kemajuan pelaksanaan inisiatif DWN 2025-2030 seterusnya akan dilaporkan kepada Majlis Wanita dan Keluarga Negara serta mesyuarat utama di peringkat kementerian.

"Pada masa ini, kesemua inisiatif di bawah Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) 2025-2030 sedang berada pada pelbagai peringkat pelaksanaan dan menjadi visi kerajaan untuk memastikan pelaksanaan DWN yang dirancang membawa manfaat yang nyata kepada wanita," katanya.

Nancy berkata, kajian penilaian separuh penggal akan dilaksanakan pada 2028 bagi menilai keberkesanan pelaksanaan DWN serta mengenal pasti penambahbaikan yang diperlukan.

Menjawab soalan tambahan Saifuddin mengenai strategi meningkatkan penyertaan wanita dalam politik, beliau berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melaksanakan program Perantis bagi memberi peluang kepada wanita menonjolkan bakat dan potensi kepimpinan mereka.

Katanya, program itu memberi manfaat kepada 5,369 wanita sepanjang 2024 dan 2025 menerusi latihan dan bimbingan yang membabitkan 125 tokoh wanita, manakala sehingga Ogos 2026, sebanyak 3,375 peserta dibimbing oleh 78 tokoh wanita.

Nancy berkata, penyertaan wanita dalam kumpulan pengurusan tertinggi sektor awam turut menunjukkan kemajuan, dengan golongan itu merangkumi 39.4 peratus setakat Disember 2025, melepasi sasaran 30 peratus bagi peringkat pembuat keputusan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 16:45 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
19 Oct, 16:09 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    16:09

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.