
Syor perluas had umur platform permainan dalam talian antara tumpuan Dewan Rakyat, esok
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Isu berkaitan cadangan memperluas had umur media sosial kepada platform permainan dalam talian menjadi antara agenda yang menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat, esok. (Berita Harian, 08:54)
Read the reporting
1 report
Syor perluas had umur platform permainan dalam talian antara tumpuan Dewan Rakyat, esok
KUALA LUMPUR: Isu berkaitan cadangan memperluas had umur media sosial kepada platform permainan dalam talian menjadi antara agenda yang menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat, esok.
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), perkara itu dibangkitkan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen, yang mahu penjelasan daripada Menteri Komunikasi, pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan.
Ini memandangkan platform permainan dalam talian dikatakan mempunyai jumlah pengguna kanak-kanak dan remaja yang tinggi.
Turut menjadi tumpuan ialah pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan mengenai langkah Menteri Kewangan membantu isi rumah M40 yang tidak lagi layak menerima bantuan bersasar tetapi terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.
Beliau turut meminta penjelasan mengenai mekanisme menilai semula kelayakan berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan semasa.
Ahli Parlimen Betong, Datuk Dr Richard Rapu, juga meminta Menteri Kewangan memperincikan pecahan terperinci peruntukan RM50 juta dan RM200 juta dibelanjakan bagi program Sekolah serta Kampung Angkat MADANI.
Pada sesi sama, Ahli Parlimen Baling, Hassan Saad, meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan petunjuk prestasi bagi menilai keberkesanan Program Zon Tumpuan Pelancongan Patuh (ZTPP) dalam mengurangkan aduan harga melampau.
Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Wetrom Bahand, pula meminta Menteri Kerja Raya menyatakan status pelaksanaan terkini pakej pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dan jalan berkembar merentasi daerah Kota Marudu.
Beliau juga meminta penjelasan mengenai strategi Kementerian Kerja Raya menyegerakan kontraktor penyelamat bagi menyelesaikan baki jajaran yang mengalami kelewatan struktur.
Persidangan Dewan Rakyat esok turut dijadualkan menyambung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027, sejurus sesi pertanyaan bagi jawab lisan selesai.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian08:54
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.