
Nafuzi mahu benteng kebal, buru keputusan positif
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Nafuzi mahu benteng kebal, buru keputusan positif (Harian Metro, 11:24)
Read the reporting
1 report
Nafuzi mahu benteng kebal, buru keputusan positif
sukan@hmetro.com.my
Kuala Terengganu: Misi mencabar Johor Darul Ta'zim (JDT) menuntut benteng pertahanan Terengganu FC (TFC) lebih kebal dan jentera serangan lebih berbisa apabila Nafuzi Zain mahu anak buahnya memburu keputusan positif di laman sendiri.
Beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam esok, ketua jurulatih TFC itu mengakui pasukannya perlu tampil lebih mantap dalam kedua-dua aspek berkenaan bagi memastikan mereka mampu memberi tentangan sengit kepada skuad Harimau Selatan.
Selepas berehat selama tiga minggu, Nafuzi menyifatkan persiapan pasukan berjalan lancar, termasuk mengharungi dua aksi persahabatan menentang Kelantan Red Warrior bagi mengekalkan momentum pemain menjelang pertembungan itu.
Menurutnya, tempoh latihan berkenaan turut dimanfaatkan untuk memperbaiki kelemahan sedia ada, selain meningkatkan prestasi individu dan keseluruhan pasukan.
"Kita perlu memperbaiki kelemahan dalam setiap aspek untuk meningkatkan prestasi pasukan. Saya lihat ada perubahan positif sepanjang latihan dan semua pemain bekerja keras memperbaiki prestasi masing-masing," katanya.
Mengulas cabaran menentang JDT, Nafuzi sedar kehebatan lawan yang memiliki kualiti tersendiri, namun menegaskan anak buahnya perlu membuat persediaan rapi dan mengelakkan kesilapan mudah.
Katanya, peluang beraksi di laman sendiri perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memberikan saingan terbaik kepada pasukan pelawat.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro11:24
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.