
Pendaki wanita tidak sedarkan diri di Air Terjun Langsir
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
DUNGUN - Seorang wanita berusia 48 tahun tidak sedarkan diri ketika melakukan aktiviti pendakian di Air Terjun Langsir, Chemerong di sini pada Sabtu bersama dengan 31 individu lain dan lima malim gunung.Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan, Ishak Abd Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 11.22 pagi sebelum menghubungi malim gunung yang berada bersama Lim Kah Wah bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai lokasi dan keadaannya.Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal, Kah Wah yang berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang berada kira-kira sembilan kilom (Sinar Harian, 22:20)
Read the reporting
2 reports
Bomba guna helikopter selamatkan pendaki wanita pengsan di Gunung Berembun
am@hmetro.com.my
Dungun: Pasukan bomba menggunakan helikopter untuk membawa turun pendaki wanita yang tidak sedarkan diri ketika melakukan aktiviti pendakian di kawasan Air Terjun Langsir Chemerong, dekat sini, hari ini.
Mangsa, Lim Kah Wah, 48, dari Bayan Lepas, Pulau Pinang, dilaporkan tidak sedarkan diri ketika berada kira-kira sembilan kilometer dari kaki Gunung Berembun.
Komander Operasi l, Pegawai Bomba Kanan Satu (PBK1) Ishak Abd Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.22 pagi.
Menurutnya, mangsa dikatakan menyertai pendakian bersama 31 pendaki lain dengan dibantu lima malim.
"Sepasukan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian dan mendapati jarak untuk sampai ke puncak gunung dengan berjalan kaki mengambil masa kira-kira 15 jam.
"Anggota pasukan STORM sudah digerakkan ke lokasi untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) melalui laluan darat, " katanya.
Ishak berkata, pasukan bomba terpaksa mendapatkan bantuan dari Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dengan helikopter AW139 dari Pangkalan Udara Wilayah Utara (PUWU) kemudian digerakkan bagi membawa mangsa turun.
"Kita menggunakan teknik winch-out. Mangsa berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian dan dibawa dengan helikopter serta mendarat di padang Sekolah Menengah Sains Dungun, " katanya.
Menurutnya, mangsa kemudian dikejarkan dengan ambulans ke hospital Dungun untuk rawatan lanjut.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 3 independent sources, 3 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian22:20
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Sinar Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.