Malaysian Attention Engine
Live wire
60Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara56Budget 2027: Entertainment duty waived for local film, theatre tickets in Federal Territories, creative sector gets RM130m55Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat54General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar54Sport : Zii Jia Stuns World No. 2 Popov To Make Arctic Open Semis54Syed Saddiq tetap hadir Parlimen, walaupun bernikah esok52General : Budget 2027: Dzulkefly Vows To Complete 9,000 Contract-to-permanent Doctor Transitions50Dua wanita rentung, Myvi terbakar lepas bertembung lori49General : Budget 2027: RM160 Mln Package To Boost e-Hailing, p-Hailing Workers' Income44Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202742Budget 2027: Movie tickets in Kuala Lumpur may be cheaper next year41PH open to pacts for Melaka polls, Amirudin reiterates
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Taktik kotor sindiket seleweng minyak sawit terbongkar

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 17:41 MYTLatest activity 9 Oct, 17:41BMconfidence 60%

What happened

KLANG - Membeli minyak sawit mentah dengan harga rendah sebelum menjual semula pada kadar tinggi antara taktik dikesan dalam serbuan sebuah premis di Kawasan Perusahaan Pelabuhan Utara, Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang di sini, pada Khamis.Kegiatan pemindahan minyak sawit mentah secara haram itu terbongkar selepas sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Cawangan Risik Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih, dengan bantuan pegawai Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Cawangan Wilayah Tengah serta Balai Polis Pelabuhan Klang, menyerbu lokasi berkenaan kira-kira jam 4.45 petang. (Sinar Harian, 17:41)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·1 min read

Taktik kotor sindiket seleweng minyak sawit terbongkar

By MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI · 9 Oct, 17:41 MYT

KLANG - Membeli minyak sawit mentah dengan harga rendah sebelum menjual semula pada kadar tinggi antara taktik dikesan dalam serbuan sebuah premis di Kawasan Perusahaan Pelabuhan Utara, Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang di sini, pada Khamis.Kegiatan pemindahan minyak sawit mentah secara haram itu terbongkar selepas sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Cawangan Risik Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih, dengan bantuan pegawai Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Cawangan Wilayah Tengah serta Balai Polis Pelabuhan Klang, menyerbu lokasi berkenaan kira-kira jam 4.45 petang.Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintenden Amanjit Singh berkata, pemeriksaan di lokasi menemukan sebuah lori treler tangki dan sebuah lori rigid yang mengandungi cecair disyaki minyak sawit mentah dengan anggaran berat keseluruhan 37,110 kilogram."Pemeriksaan turut membawa kepada rampasan beberapa peralatan lain yang disyaki digunakan untuk aktiviti pemindahan minyak sawit mentah secara tidak sah."Serbuan menerusi Op Intra/Inter itu membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan berusia 29 dan 34 tahun serta melibatkan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM803,600," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurut beliau, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mempunyai peranan berbeza dalam kegiatan berkenaan."Suspek pertama berusia 29 tahun dipercayai bertindak sebagai pemandu lori tangki yang membawa minyak sawit mentah, manakala suspek kedua berusia 34 tahun berperanan sebagai pembeli minyak sawit mentah berkenaan untuk dijual semula."Suspek kedua dipercayai membeli minyak sawit mentah itu pada harga RM3 sekilogram sebelum menjualnya semula di pasaran gelap pada harga antara RM3.50 hingga RM3.80 sekilogram," katanya.Amanjit berkata, berdasarkan maklumat awal, kegiatan itu dipercayai telah dijalankan sejak kira-kira enam bulan lalu.Beliau berkata, minyak sawit mentah berkenaan dipercayai dibawa dari Johor dan Negeri Sembilan, namun destinasi penghantaran seterusnya masih dalam siasatan."Kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada MPOB Cawangan Wilayah Tengah untuk siasatan lanjut mengikut Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582)."Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya mengetahui sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang bagi membantu tindakan penguatkuasaan," katanya.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow18:0019:0020:00
Latest 20:24 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
9 Oct, 17:41 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    17:41

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Taktik kotor sindiket seleweng minyak sawit terbongkar · Malaysian Attention Engine