
Tangani kesunyian warga emas di bandar - Hannah Yeoh
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Tangani kesunyian warga emas di bandar - Hannah Yeoh (Berita Harian, 11:34)
Read the reporting
1 report
Tangani kesunyian warga emas di bandar - Hannah Yeoh
Nor 'Asyikin Mat Hayin
PUTRAJAYA: Pelarasan peruntukan bagi warga emas perlu dilakukan bagi memastikan keperluan sosial golongan itu, khususnya yang tinggal di bandar terus diberi perhatian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, berkata pelarasan itu penting bagi membolehkan pelbagai program komuniti yang bersesuaian dengan keperluan warga emas dilaksanakan.
Beliau berkata, Malaysia kini menuju ke arah status negara tua susulan peningkatan jumlah warga emas, justeru keperluan golongan itu perlu diberikan perhatian sewajarnya bagi mengelakkan mereka daripada terpinggir.
"Keperluan sosial warga emas sangat penting dan apabila menganjurkan program, kita perlu melihat secara khusus keperluan mereka," katanya selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Warga Emas Peringkat Wilayah Putrajaya, di sini hari ini.
Hannah berkata, kesunyian antara isu utama yang dihadapi warga emas di bandar berikutan peluang yang terhad untuk berinteraksi dengan komuniti setempat.
Katanya, keadaan itu berbeza dengan warga emas yang tinggal di kampung kerana mereka lazimnya mempunyai hubungan kejiranan yang lebih rapat dan mudah berinteraksi dengan penduduk setempat.
"Contohnya di Putrajaya, dalam satu kawasan perumahan terdapat 800 rumah. Jadi, bagaimana mereka hendak berjalan mencari kawan-kawan," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, lebih banyak program libat urus akan dilaksanakan dengan kerjasama universiti, rumah ibadat, masjid, surau dan dewan orang ramai bagi mengenal pasti program yang diperlukan warga emas.
Beliau berkata, aktiviti sukan yang bersesuaian dengan golongan itu, termasuk permainan catur dan aktiviti lain, juga perlu diberikan perhatian ketika menganjurkan program komuniti.
Selain itu, program sedia ada perlu dinilai semula bagi memastikan penyertaan lebih menyeluruh, termasuk dalam kalangan warga emas lelaki.
Hannah berkata, Perbadanan Putrajaya juga boleh memainkan peranan dengan menyesuaikan kemudahan infrastruktur dan taman sedia ada untuk menyokong pelaksanaan program khas bagi warga emas.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian11:34
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.