Malaysian Attention Engine
Live wire
54General : Nepal Seeks Legal Amendments To Expedite Death Certs For 54 M'sians – Mohamad Hasan5227 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti51Politics : N. Sembilan Crisis Will Not Derail BN's Melaka Polls Preparations - Tok Mat45Abbe Hae didakwa ditahan polis44General : Anwar Congratulates Siti Nurhaliza On Soulful Gema Bumantara performance44World : Malaysia Advises Citizens To Postpone Non-Essential Travel To France Amid Demonstrations43[TERKINI] Demonstrasi Perancis: Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting - Wisma Putra43Hilang kepercayaan, Dak Jep tinggalkan BERSATU37Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi36PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang34Op Samseng Jalanan: JSPT KL sita 60 motosikal34NVIDIA Denies RTX 5090 Discontinuation Rumors, Admits Supply Is Tight
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Tanzania perketat saringan kesihatan pengembara susulan wabak Ebola

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 12:55 MYTLatest activity 18 Oct, 12:55BMconfidence 60%

What happened

Dar Es Salaam: Tanzania memperkukuh langkah saringan dan pemantauan kesihatan terhadap pengembara antarabangsa susulan penularan wabak penyakit virus Ebola (EVD) di Republik Demokratik Congo (DR Congo), lapor Xinhua. (Harian Metro, 12:55)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Tanzania perketat saringan kesihatan pengembara susulan wabak Ebola

By Bernama-Xinhua · 18 Oct, 12:55 MYT

Dar Es Salaam: Tanzania memperkukuh langkah saringan dan pemantauan kesihatan terhadap pengembara antarabangsa susulan penularan wabak penyakit virus Ebola (EVD) di Republik Demokratik Congo (DR Congo), lapor Xinhua.

Langkah itu diambil susulan satu kes yang dilaporkan baru-baru ini di negara jiran Kenya, membabitkan seorang pesakit yang melakukan perjalanan dari DR Congo.

Menurut Nasihat Perjalanan No. 18 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada Sabtu, langkah yang berkuat kuasa serta-merta itu mewajibkan semua pengembara yang memasuki Tanzania melengkapkan borang pemantauan kesihatan secara dalam talian sebelum berlepas ke negara itu atau sebaik tiba.

Pengembara dikehendaki memberikan maklumat yang tepat menerusi portal dalam talian kementerian berkenaan serta menyimpan kod QR pengesahan atau nombor rujukan untuk tujuan semakan oleh pihak berkuasa kesihatan di pintu masuk, menurut nasihat itu.

Nasihat yang ditandatangani Setiausaha Tetap Grace Magembe itu menyatakan bahawa semua pengembara yang memasuki Tanzania melalui lapangan terbang, sempadan darat dan pelabuhan laut akan menjalani saringan kesihatan, termasuk pemeriksaan suhu badan.

Menurut nasihat itu, individu yang disyaki menunjukkan gejala EVD atau penyakit berjangkit lain akan dikendalikan mengikut prosedur saringan kebangsaan.

Pengembara berisiko tinggi akan tertakluk kepada pemantauan kesihatan harian selama 21 hari menerusi mesej automatik atau saluran komunikasi lain.

Mereka diwajibkan memberikan kerjasama dalam proses pemantauan susulan itu dan membalas mesej yang diterima walaupun selepas meninggalkan Tanzania, menurut nasihat berkenaan.

Kementerian itu turut menggesa pengembara dan pengendali pengangkutan supaya mematuhi langkah pencegahan jangkitan, termasuk menjaga kebersihan tangan, menggunakan pensanitasi tangan dan mengelakkan sentuhan fizikal yang tidak perlu.

Menurut nasihat itu, pihak berkuasa akan mendekontaminasikan mana-mana kenderaan atau kapal pengangkutan yang tercemar akibat kes yang disyaki, atau mempunyai kaitan dengan kargo atau mayat yang dikaitkan dengan EVD atau penyakit berjangkit lain, di pintu masuk negara.

Pengembara turut dinasihatkan supaya melaporkan sebarang gejala yang disyaki kepada kemudahan kesihatan terdekat atau pihak berkuasa berkaitan, dengan menghubungi talian bebas tol 199 atau menghantar e-mel ke poe@afya.go.tz.

Kementerian itu memaklumkan bahawa nasihat perjalanan berkenaan akan disemak semula mengikut keperluan dan menggesa pengembara yang meninggalkan Tanzania supaya mematuhi syarat kemasukan negara destinasi atau negara transit mereka.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow13:00
Latest 13:39 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
18 Oct, 12:55 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    12:55

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.