
Tasik Puteri anjur Kejohanan Golf Tan Sri Low Yow Chuan 2026
Only social or community posts, or a single source.
What happened
RAWANG: Tasik Puteri Golf & Country Club (TPGCC) berjaya menganjurkan Kejohanan Golf Tan Sri Low Yow Chuan 2026 untuk tahun kedua berturut-turut, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam kalendar golf negara. (Utusan Malaysia, 19:24)
Read the reporting
1 report
Tasik Puteri anjur Kejohanan Golf Tan Sri Low Yow Chuan 2026
RAWANG: Tasik Puteri Golf & Country Club (TPGCC) berjaya menganjurkan Kejohanan Golf Tan Sri Low Yow Chuan 2026 untuk tahun kedua berturut-turut, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam kalendar golf negara.
Kejohanan berformat Stableford 27 lubang itu disertai 182 pemain golf termasuk 60 tetamu kehormat (VIP).
Antara tetamu yang hadir ialah Pengarah Eksekutif Kumpulan Low Yat, Datuk Low Gee Teong dan Low Gee Soon, serta Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin Tuanku Ja’afar.
Turut hadir ialah Duta New Zealand, Mike Walsh; Duta Hungary, Dr. Sandor Sipos; Duta Kesatuan Eropah ke Malaysia, Rafael Daerr dan Thura Soe-Ping yang mewakili Duta Brazil.
WAKIL Bulan Sabit Merah, Mohamad Fitri Ahmad Daud (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Pengarah Urusan TPGCC, Datuk Low Gee Teong.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Mohd. Rafiq Mohd. Abdullah; Ketua Komersial Batik Air, Yoganathan Muniandy dan Pengarah Kanan F&N Holdings Bhd., Datuk Raffiq Md. Ariff, pempengaruh golf, pencipta kandungan, rakan media serta wakil kerajaan.
Pengarah Urusan TPGCC, Datuk Low Gee Teong berkata, kejohanan itu mencerminkan hala tuju TPGCC dan BTP Properties.
“Kami bukan sekadar menganjurkan kejohanan golf tetapi secara bersungguh-sungguh meletakkan TPGCC di peta dunia.
“Kami mengubah kawasan ini menjadi hab sukan yang berkembang maju dan menunjukkan bagaimana kemudahan bertaraf dunia kami menjadi pemangkin kepada pertumbuhan komuniti, gaya hidup keluarga dan peluang perniagaan serantau,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Pengurus Besar TPGCC, Nor Afendi Mohd. Razlan berkata, acara itu menghormati seorang perintis industri.
“Kejayaan memenangi Kelab Golf Awam Terbaik dan Destinasi Pelancongan Golf Terbaik dua tahun berturut-turut membuktikan komitmen kami menyampaikan pengalaman cemerlang di setiap fairway ,” katanya.
Pada kejohanan itu, Suhaimi Yassin muncul juara kategori A dengan skor 62 mata, diikuti Mohd. Hasrul Firdaus (naib juara-skor 61 mata) dan Abu Qasim Mohd. Salleh (tempat ketiga-skor 58 mata). Manakala bagi Kategori B pula tempat pertama dimenangi oleh Mohd. Zain Mohd. Tahir (60 mata OCB); kedua milik Sheikh Mohd. Basri (60 mata) dan ketiga milik Ben Gomez (58 mata).
Tiada pemain yang berjaya memenangi hadiah Hole in One yang menawarkan dua kereta Mazda CX-30, selain pakaian jenama Adidas bernilai RM15,000.
Dalam pada itu, Batik Air menaja dua tiket Kelas Perniagaan di Lubang 8 dan Lubang 22 untuk pertama kali.
Peserta turut menerima beg cenderamata, pakaian kejohanan khas dan menikmati jamuan barbeku dengan persembahan muzik secara langsung oleh kumpulan busker D’ Mezzo.
Kejohanan tahunan itu diadakan bagi mengenang jasa mendiang Tan Sri Low Yow Chuan (1933–2021) iaitu tokoh yang menyumbang kepada sektor hartanah, perhotelan dan pelancongan negara sepanjang lebih lima dekad.
Beliau merupakan penggerak utama Federal Hotel International serta pembangunan seperti Low Yat Plaza, Langkawi Country Club dan Bandar Tasik Puteri yang memainkan peranan penting dalam mengubah wajah pusat bandar dan pelancongan Kuala Lumpur.
Sejajar dengan kegiatan kebajikan mendiang, anak beliau, Datuk Low Gee Teong telah menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Bulan Sabit Merah Malaysia pada majlis penyampaian hadiah. – UTUSAN
The post Tasik Puteri anjur Kejohanan Golf Tan Sri Low Yow Chuan 2026 appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia19:24
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.