Malaysian Attention Engine
Live wire
60Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara56Budget 2027: Entertainment duty waived for local film, theatre tickets in Federal Territories, creative sector gets RM130m55Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat54General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar54Sport : Zii Jia Stuns World No. 2 Popov To Make Arctic Open Semis54Syed Saddiq tetap hadir Parlimen, walaupun bernikah esok52General : Budget 2027: Dzulkefly Vows To Complete 9,000 Contract-to-permanent Doctor Transitions50Dua wanita rentung, Myvi terbakar lepas bertembung lori49General : Budget 2027: RM160 Mln Package To Boost e-Hailing, p-Hailing Workers' Income44Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202742Budget 2027: Movie tickets in Kuala Lumpur may be cheaper next year41PH open to pacts for Melaka polls, Amirudin reiterates
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Teks ucapan penuh Belanjawan 2027

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 17:54 MYTLatest activity 9 Oct, 17:54BMconfidence 60%

What happened

"BELANJAWAN MADANI KELIMA: MENGGAPAI DI LANGIT, MENGAKAR DI BUMI" (Berita Harian, 17:54)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·8 min read

Teks ucapan penuh Belanjawan 2027

9 Oct, 17:54 MYT

"BELANJAWAN MADANI KELIMA: MENGGAPAI DI LANGIT, MENGAKAR DI BUMI"

Tan Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang bernama Suatu Akta bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2027 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibacakan kali kedua sekarang.

MUKADIMAH

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera.

Tan Sri Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat serta seluruh rakyat Malaysia yang saya kasihi,

1. Setiap zaman punyai ruang lingkupnya yang tersendiri kepada sebuah bangsa untuk mencipta anjakan yang lebih jauh dan terangkum.

2. Sementalahan, ada babak-babak tertentu dalam lipatan pensejarahan tatkala sesebuah negara bukan sahaja dituntut untuk cekap mengurus apa yang ada, tetapi dipanggil untuk memperluas saujana cita-cita, memperteguh keyakinan rakyatnya dan bersama membentuk masa hadapan dengan kesedaran yang jitu dan besar tentang zaman mansang atau zeitgeist.

3. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Hashr, ayat 18:

يَأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ ۱۸

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

4. Ungkapan lighad, yakni merujuk kepada hari esok, membawa suatu tuntutan yang besar dan mendalam. Malah, kita dituntut memikir serta menghamparkan asas-asas yang kukuh untuk masa hadapan, yakni mencerakinkan asas-asasnya itu, apakah peluang yang sedang kita buka atau luaskan, dan apakah warisan yang bakal kita wariskan kepada generasi akan datang.

5. Kemajuan yang sebenar tidak diukur tentang sejauh mana kita bergerak, tetapi tentang apa yang kita angkat bersama dalam perjalanan itu, yakni maruah manusia, kekuatan keluarga, mobiliti generasi, keutuhan pranata, dan keyakinan bahawa usaha pastinya dibalas dengan hamparan peluang. Bukan hanya mewarisi kekuatan yang ada, tetapi berusaha memperluaskannya sehingga akhirnya ia menjadi legasi yang lebih besar untuk generasi penerus.

6. Sejarawan dan failasuf Inggeris Sir Isaiah Berlin meminjam satu gambaran purba yang ringkas tetapi tajam dan mendalam yakni "The Hedgehog and the Fox". Sang rubah mengetahui banyak perkara, sedangkan sang landak mengetahui satu perkara yang besar. Dalam konteks kehidupan bernegara, kedua-duanya diperlukan. Sesebuah bangsa mesti mempunyai satu cita-cita besar yang konsisten, suatu tujuan yang memberi arah dan makna kepada perjalanan. Ekonomi menuntut pertumbuhan dan pengagihan, teknologi menuntut inovasi dan perlindungan, fiskal menuntut disiplin dan ihsan, selain pembangunan menuntut kepantasan dan kebijaksanaan. Khulasahnya, sesebuah negara harus memiliki keteguhan sang landak tentang arah tuju dan cita-cita, dan kecerdikan sang rubah tentang jalan dan mekanisme untuk menjelmakannya.

7. Pemikir dan faqih besar Islam al-Mawardi, dalam tradisi pemikirannya tentang budaya dan adab pemerintahan, menegaskan bahawa kekuasaan tidak berdiri dengan sendirinya tanpa tertib, hukum dan tanggungjawab. Pemerintahan hanya memperoleh makna apabila amanah kekuasaan dilaksanakan dengan adil, institusi berfungsi dengan baik, dan kepentingan massa dipelihara.

8. Hari ini, itulah ujian dan tantangan kita. Dunia semakin bergejolak. Perang dan persaingan kuasa-kuasa besar serta perubahan dan kelaku iklim memberi kesan kepada harga makanan dan kos tenaga. Rantaian bekalan yang selama ini kita tanggapi sebagai kukuh, mula merapuh dan melemah, lantas menguji aspek keterjaminan makanan dan bekalan. Perkembangan kecerdasan buatan sedang mengubah perdagangan, tenaga, pekerjaan dan kehidupan dengan pantas. Namun perubahan besar tidak hanya mewujudkan kekhawatiran. Ia juga membuka ruang kepada negara yang berani membaca dan menggarap zaman, menguasai ilmu baharu dan mempersiapkan rakyat sedari awal.

9. Malaysia tidak harus sekadar bertahan menghadapi perubahan. Kita mesti mempunyai keyakinan untuk turut membentuknya. Di hadapan kita terbentang peluang untuk melonjak dalam semikonduktor, kecerdasan buatan, tenaga baharu, ekonomi digital dan industri bernilai tinggi; meningkatkan produktiviti dan upah; memperkukuh perusahaan tempatan; dan memastikan anak Malaysia bukan sekadar pengguna kepada perubahan, tetapi pencipta kepada kemajuan itu sendiri.

10. Sementalahan, ekonomi yang benar-benar berjaya bukan hanya ekonomi yang berkembang, tetapi ekonomi yang mencakup persoalan hidup rakyat.

11. Maka persoalan kita bukan sekadar berapa besar ekonomi yang mahu dibina, tetapi sama ada pertumbuhan itu membuka ruang kepada keluarga untuk membina simpanan, kepada pekerja untuk menikmati upah yang lebih bermaruah, kepada perusahaan kecil untuk terus berkembang, dan kepada mana-mana mereka untuk menggapai di langit dan terus mengakar di bumi.

12. Lantaran itu, mesti ditegaskan bahawa Belanjawan negara adalah pernyataan moral atau Waad Nasional sesebuah Kerajaan yang bertanggungjawab.

13. Tradisi pemikiran Melayu sendiri telah lama meletakkan persoalan keadilan dan amanah sebagai teras dan pasak pemerintahan. Penyair dan sejarawan Melayu purba Raja Ali Haji dalam Gurindam Dua Belas (1847) mengungkapkan:

Hukum adil atas rakyat,

Tanda raja beroleh inayat.

14. Ungkapan yang ringkas ini membawa suatu pengertian yang besar dan membekas, bahawa kekuasaan dimaknai bukan pada kebesaran kedudukan, tetapi pada keadilan yang dirasakan oleh rakyat. Pemerintahan yang berwibawa bukan sekadar pemerintahan yang kuat, tetapi pemerintahan yang tahu bahawa kuasa mesti sentiasa disertai amanah dan pertanggungjawaban.

Raja mufakat dengan menteri,

Seperti kebun berpagarkan duri.

15. Dalam tradisi kita, hubungan antara pemerintah dengan rakyat tidak pernah berdiri atas kuasa semata-mata. Ia terpasak atas waad, yakni suatu ikatan yang menuntut kesetiaan yang mesti dibalas dengan keadilan dan kuasa mesti dipagari amanah (covenant).

Inilah Waad Nasional kita.

16. Bahawa negara tidak akan meminggirkan mereka yang dihimpit kesusahan. Dan bahawa setiap anak Malaysia, apa pun latar keluarga, wilayah atau kedudukannya, berhak melihat dan mencapai potensinya.

17. Waad ini juga bukan janji sehala. Negara menyediakan ruang dan peluang, rakyat mengisinya dengan ilmu, kerja, daya cipta dan keberanian. Pemerintah menjaga amanah, rakyat memperkukuh negara melalui usaha dan kecemerlangan.

Maka ia adalah kewajiban sejarah.

18. Namun kewajiban itu bukan beban yang dipikul dengan sikap yang pesimis. Ia adalah kesempatan kepada generasi kita untuk meninggalkan sebuah negara yang lebih kukuh daripada yang kita warisi, dengan institusi yang lebih diyakini dan dipercayai, ekonomi yang lebih rencam dan generasi muda yang mempunyai ruang lebih luas untuk mencipta masa depan mereka sendiri.

19. Maka, sejarah tidak diukir hanya oleh nama-nama besar, tetapi oleh jutaan manusia yang bekerja setiap hari, yang mengajar dan yang merawat, yang berniaga dan mencipta, yang menggembur tanah, yang menjaga keluarga dan membina kehidupan.

20. Lantas, ukuran Belanjawan bukan pada tebalnya dokumen, besarnya peruntukan atau banyaknya pengumuman. Ukurannya malah jauh lebih asas, yakni adakah lebih ramai rakyat dapat hidup dengan bermaruah, dan apakah Malaysia yang kita serahkan kelak kepada generasi seterusnya lebih adil daripada Malaysia yang kita warisi. Jika jawapannya ya, maka itulah anjakan dan kemajuan yang sebenar. Dengan keyakinan bahawa kekuatan ekonomi harus akhirnya mengangkat kemuliaan insan, pertumbuhan mesti membuahkan keadilan, reformasi mesti memulihkan keyakinan dan setiap generasi wajib mewariskan negara yang lebih baik dari sebelumnya, maka saya hamparkan Belanjawan MADANI 2027 sebagai ikhtiar sebuah generasi untuk memperkukuh tatanan dan memenuhi janji dan Waad Nasional kepada masa hadapan.

EMPAT TAHUN MADANI: PERJUANGAN-KEJAYAAN

21. Menghampiri empat tahun, Kerajaan MADANI telah menetapkan hala tuju dan kerangka dasar Ekonomi MADANI, disusuli reformasi berani hasilnya.

* Kerangka Ekonomi MADANI diperkenalkan bersama dasar-dasar yang memacu pertumbuhan dan pemerataan ekonomi seperti: Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (PUTERA35).

* Hanya Kerajaan MADANI punyai tekad menyasarkan subsidi. Kerana subsidi ialah keistimewaan rakyat yang selama ini tiris kepada warga asing dan syarikat besar. Hakikatnya, BUDI MADANI ialah kejayaan negara—menyasarkan subsidi untuk fiskal dan menurunkan harga untuk rakyat. Kesannya: wang subsidi minyak yang selama ini tiris telah disalurkan untuk menggandakan bantuan rakyat iaitu 8 bilion ringgit pada tahun 2022 kepada STR SARA 15 bilion ringgit pada tahun ini. Bayangkan juga, sekiranya kita masih menangguhkan penyasaran subsidi pada saat krisis tenaga ini, tentu lebih besar daripada 40 bilion ringgit beban kewangan yang perlu ditanggung.

* Kita memperkukuh disiplin fiskal. Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal dan Akta Perolehan Kerajaan digubal bagi mengikat kuasa Menteri Kewangan untuk dipantau. Akta audit diperluas bagi menjejak dan mengaudit wang awam. Kesannya: keyakinan pelabur meningkat, pertumbuhan ekonomi kukuh melangkaui sasaran; pelaburan dan perdagangan tertinggi dalam sejarah; daya saing melonjak, matawang terbaik Asia.

22. Seyogia, Belanjawan MADANI Kelima menandai ikhtiar seterusnya menuju cita-cita besar wajah Malaysia dalam tahun mendatang. Sambil reformasi diteruskan tanpa gentar, hasil pertumbuhan dan setiap penjimatan melalui pembaharuan, mesti kembali kepada rakyat sebagai manfaat lebih besar.

23. Selari dengan Kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas 2026-2030, BELANJAWAN INI WAAD NASIONAL BAGI MENGGAPAI DI LANGIT, MENGAKAR DI BUMI BERPAKSIKAN LAPAN LUNAS UTAMA. Hari ini, saya memilih membentangkan kerangka besar dan pengumuman penting. Selebihnya teks penuh dan lampiran adalah sahih sepertimana edaran.

LUNAS PERTAMA: MENANGANI KOS SARA HIDUP RAKYAT

24. ISU SARA HIDUP IALAH ISU UTAMA YANG MEMBELENGGU RAKYAT. Kerajaan sentiasa menambah baik dasar bagi memastikan kesejahteraan rakyat diberi keutamaan.

* Umpamanya bulan lalu, aras perlindungan bil elektrik daripada 600 kilowatt-jam sebulan, yang memberi manfaat lebih 8 juta atau sehingga 90 peratus pengguna domestik.

* Bulan lalu juga, Kerajaan menaikkan kelayakan BUDI95 kepada 300 liter dan jip dan pikap mendapat 400 liter. Rekod September, sekitar 100 ribu pengguna atau kurang 1 peratus menggunakan sepenuhnya BUDI95 300 liter dan 15 ribu pengguna diesel jip dan pikap menggunakan sepenuhnya BUDI Diesel 400 liter. Ini membuktikan bahawa kelayakan bulanan yang diberi adalah mencukupi untuk penggunaan rakyat Malaysia.

BANTUAN SARA HIDUP

25. TAHUN HADAPAN, JUMLAH KESELURUHAN UNTUK SUBSIDI, BANTUAN DAN INSENTIF LEBIH 80 BILION RINGGIT. Ini termasuk, subsidi bahan api yang dijangka kekal tinggi pada 40 bilion ringgit dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat hampir 3.3 bilion ringgit.

26. SUKACITA DIUMUMKAN, PERUNTUKAN STR SARA 2027 DITINGKATKAN KEPADA 16 BILION RINGGIT, KETIMBANG 15 BILION RINGGIT.

* SEMUA PENERIMA STR AKAN MENERIMA SARA SEHINGGA 150 RINGGIT SEBULAN ATAU SEHINGGA 1,800 RINGGIT SETAHUN. Ini akan memanfaat sehingga 9 juta penerima STR.

* MANAKALA SELAIN PENERIMA STR YANG BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS, AKAN MENERIMA SARA MADANI 100 RINGGIT SEBANYAK DUA KALI iaitu sebelum Aidilfitri dan menjelang ambang 7 dasawarsa Merdeka. Ini akan memanfaat sehingga 13 juta rakyat Malaysia termasuk golongan M40.

* KERAJAAN BERSETUJU UNTUK PENGGUNAAN SARA KEPADA BARANGAN BASAH DAN SEGAR, YANG BOLEH DIBELI DI 216 PASAR TANI ATAU TAMU DI BAWAH FAMA SELU

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow18:0019:0020:00
Latest 20:24 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
9 Oct, 17:54 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    17:54

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Teks ucapan penuh Belanjawan 2027
Berita HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Teks ucapan penuh Belanjawan 2027 · Malaysian Attention Engine