
Telur ikan di Sushi King bukan pengganti kaviar
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Ia mungkin bersaiz kecil, berwarna-warni dan kelihatan seperti kaviar, tetapi undang-undang memutuskan telur ikan pada sushi kegemaran anda bukan pengganti hidangan eksotik itu. (Berita Harian, 10:40)
Read the reporting
1 report
Telur ikan di Sushi King bukan pengganti kaviar
KUALA LUMPUR: Ia mungkin bersaiz kecil, berwarna-warni dan kelihatan seperti kaviar, tetapi undang-undang memutuskan telur ikan pada sushi kegemaran anda bukan pengganti hidangan eksotik itu.
Mahkamah Tinggi memutuskan tobiko (telur ikan terbang), masago (telur ikan capelin) dan mentaiko beku (telur ikan pollock) yang diimport rangkaian restoran Sushi King Sdn Bhd bukannya pengganti kaviar, walaupun ia diperasakan, diwarnakan dan diawet.
Hakim Norliza Othman memutuskan demikian apabila menolak semakan kehakiman Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), terhadap keputusan Tribunal Rayuan Kastam yang memihak kepada Sushi King berhubung klasifikasi kod tarif cukai ketiga-tiga produk berkenaan.
Pertikaian itu berkisar mengenai persoalan sama ada telur ikan itu patut diklasifikasikan sebagai pengganti kaviar, yang dikenakan duti import sebanyak lapan peratus, atau sebagai ikan lain yang disediakan atau diawet, yang tidak dikenakan duti.
Pada 8 Oktober 2020, Sushi King mengemukakan tiga permohonan kepada JKDM bagi menentukan tarif telur ikan yang diimport itu, dan jabatan mengklasifikasikan sebagai pengganti kaviar yang dikenakan duti import lapan peratus.
Tidak berpuas hati dengan klasifikasi berkenaan, Sushi King memohon semakan semula dan mencadangkan kod tarif berbeza untuk ketiga-tiga produk itu, bagaimanapun JKDM kekal dengan keputusannya pada 7 Disember 2021.
Sushi King kemudian merayu kepada Tribunal Rayuan Kastam, yang memihak kepadanya pada 1 Disember 2023 dan membatalkan klasifikasi jabatan berkenaan.
Keputusan terbabit menyebabkan Ketua Pengarah Jabatan Kastam mencabar keputusan tribunal di Mahkamah Tinggi.
Dalam rayuannya, Kastam berhujah bahawa produk berkenaan layak sebagai pengganti kaviar kerana sudah melalui beberapa proses, termasuk pembersihan, diperasa, pewarnaan dan pembekuan.
Ia mengekalkan hujah bahawa kaedah pemprosesan dan kandungan telur ikan itu memenuhi syarat sebagai pengganti kaviar di bawah Perintah Duti Kastam 2017.
Kastam juga berhujah bahawa cara produk itu dimakan tidak sepatutnya menentukan sama ada ia layak sebagai pengganti kaviar.
Bagaimanapun, Sushi King mengekalkan hujahnya, bahawa produk terbabit biasanya digunakan sebagai hiasan atas (topping) atau hiasan makanan dalam masakan Jepun, dan tidak dimakan mahupun dipasarkan sebagai alternatif kepada kaviar.
Syarikat itu berhujah, tidak semua telur ikan yang diproses atau diperasakan boleh diklasifikasikan secara automatik sebagai pengganti kaviar.
Dalam penghakimannya pula, Norliza bersetuju dengan Sushi King bahawa tidak semua telur ikan boleh dianggap sebagai pengganti kaviar, kerana cara ia dimakan adalah faktor penting dalam menentukan klasifikasinya.
"Telur ikan ialah istilah umum yang meluas untuk menggambarkan telur ikan, tetapi tidak semua telur ikan ialah kaviar atau pengganti kaviar.
"Dalam hal ini, pengganti kaviar ialah subset yang sangat spesifik daripada telur ikan berdasarkan asal usulnya, kaedah pemakanan dan kaedah pemprosesannya yang bertujuan meniru kaviar sturgeon," katanya melalui alasan penghakiman diterbitkan Jabatan Kehakiman semalam.
Norliza berkata, produk import Sushi King digunakan sebagai hiasan atas atau hiasan makanan dalam masakan Jepun, dan bukannya dipasarkan sebagai alternatif kepada kaviar.
Beliau berkata, nota penjelasan Pertubuhan Kastam Sedunia (WCO) menggambarkan pengganti kaviar sebagai produk yang diperbuat daripada telur ikan selain sturgeon, yang disediakan dan dimakan sebagai kaviar.
Hakim itu berkata, klasifikasi barangan import mestilah ditentukan mengikut peruntukan undang-undang berkaitan dan garis panduan WCO.
Beliau juga mendapati Tribunal Rayuan Kastam sudah meneliti produk berkenaan secara terperinci, termasuk kandungannya, kaedah penyediaan dan cara ia dimakan, sebelum membuat keputusan yang memihak kepada Sushi King.
Dalam kes berkenaan, Peguam Kanan Persekutuan Nur Aishah Maulat Ahmad Zakiuddin dan Peguam Persekutuan Muhaimin Mohamed mewakili JKDM selaku perayu, manakala S Saravana Kumar dan Darshini Sharma bertindak bagi pihak Sushi King.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian10:40
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.