Malaysian Attention Engine
Live wire
54RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202752Sport : ACC: Xisco Munoz Hails JDT After 6-0 Win Over PKR Svay Rieng FC46Aina Abdul pertaruh lagu Bluest Sky, wakil negara ke Eurovision Asia46Amerika akan siarkan secara langsung hukuman mati Nidal Hasan43Ringgit eases vs US dollar, ends higher against Asean currencies39Trump says he will not attack before US elections in November39Kontroversi KP AKPS: AGC pulangkan kertas siasatan, arah lengkapkan keterangan Shuhaily dan CCTV39General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon38Nahas 3 beranak: 'Niat nak sambut hari lahir anak tidak kesampaian, Allah lebih menyayangi mereka' - Suami3613 pelajar ‘bergasak’ guna senjata ditahan36General : Borrowers Facing Difficulties To Settle PTPTN Loan Can Negotiate For Loan Restructuring - MoHE35Bekas bintang Spurs cabar Infantino
NewConfirmedupdated 5 h ago

Terputus hubungan sejak September, ibu terkejut mayat anak ditemui dalam semak

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 04:29 MYTLatest activity 9 Oct, 05:22BMconfidence 80%

What happened

ALOR SETAR: Mayat seorang remaja dipercayai mangsa bunuh dengan kesan cedera pada bahagian muka serta kepala, ditemui dalam semak berhampiran Jalan Harvard di Gurun, Sungai Petani, hari ini. (Berita Harian, 04:29)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Terputus hubungan sejak September, ibu terkejut mayat anak ditemui dalam semak

By Zuliaty Zulkiffli · 9 Oct, 04:29 MYT

ALOR SETAR: Mayat seorang remaja dipercayai mangsa bunuh dengan kesan cedera pada bahagian muka serta kepala, ditemui dalam semak berhampiran Jalan Harvard di Gurun, Sungai Petani, hari ini.

Mangsa, Muhammad Haikal Mohd Shahrilnizam, 18, dijumpai lengkap berpakaian sukan berwarna hitam dan kuning oleh orang awam kira-kira jam 8 pagi.

Ibu Allahyarham, Azura Zor, 41, berkata terdahulu beliau terkejut apabila anggota polis hadir ke rumahnya di Guar Chempedak dan menunjukkan gambar mayat lelaki untuk pengecaman.

Pada mulanya, beliau menyangka polis datang ke rumah untuk menahan anak sulung daripada empat beradik itu.

"Saya tidak tahu anak saya itu tinggal di mana. Saya pernah cuba menghubunginya atau menghantar kiriman WhatsApp, namun tidak berjawab.

"Kami sudah cuba mencarinya tetapi tidak jumpa sehinggalah polis datang ke rumah, hari ini.

"Polis memberitahu bahawa anak dijumpai terbaring di tepi jalan lokasi kejadian, pagi tadi," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini.

Azura berkata, keluarganya bagaimanapun tiada membuat laporan polis selepas tidak dapat menghubungi Muhammad Haikal sebelum ini.

Namun, katanya, hubungan beliau dengan arwah tiada sebarang masalah, dan remaja itu pernah bekerja di kedai roti canai di Guar Chempedak.

"Kami terputus hubungan selepas arwah anak keluar dari rumah sejak bulan lalu," katanya.

Azura memaklumkan bahawa suaminya, Mohd Shahrilnizam Che Sharif, 41, pernah menerima mesej WhatsApp daripada seseorang yang meminta wang RM200.

"Mesej itu berkemungkinan dihantar kenalan arwah anak. Namun, kami tidak mengetahui tujuan permintaan itu.

"Arwah memang tiada masalah dengan kami, malah dia suka bergurau dengan adik-adiknya.

"Kalau betul anak saya dibunuh, saya berharap tindakan setimpal dikenakan terhadap pelakunya," katanya.

Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa keluar dari Jabatan Forensik HSB sejurus selesai proses bedah siasat sekitar jam 5.45 petang.

Adik lelaki mangsa yang masih berpakaian sekolah dilihat tidak dapat menahan sebak selepas melihat jenazah abangnya di bilik mayat, sehingga terpaksa ditenangkan oleh ahli keluarga yang lain.

Jenazah dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Guar Chempedak, malam ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, berkata satu sidang media akan diadakan oleh Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, pada Ahad ini berhubung kejadian itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 23NEWnow08:0009:0010:00
Latest 10:36 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Berita Harian (News)
9 Oct, 04:29 MYT
Origin confidence 90% · 53 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    04:29

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.