
Tetap jaga kepercayaan keluarga biarpun aktif dalam lakonan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Tetap jaga kepercayaan keluarga biarpun aktif dalam lakonan (Harian Metro, 07:08)
Read the reporting
1 report
Tetap jaga kepercayaan keluarga biarpun aktif dalam lakonan
norhayati_nordin@hmetro.com.my
Selain tampil dengan lakonan hebat dalam drama, Shukri Yahaya, 38, kini didapati semakin menyerlah sebagai bintang filem menerusi Blood Brothers: Bara Naga dan Chelot yang mencatat 'box office'.
Bagaimanapun, bapa kepada dua anak ini mengakui 'cintanya' pada drama televisyen (TV) tetap tidak tergugat kerana masih sedia terima tawaran berlakon demi sokongan padu peminat.
Shukri bakal tampil dalam drama bersiri, Tertulis Kita Sampai Syurga arahan Along Kamaludin untuk slot Akasia TV3 bersama pelakon Qistina Khaled dan Ramona Zamzam.
Ujarnya, beraksi dalam drama adalah peluang untuk dia mengasah kemahiran lakonannya dengan pelbagai watak dan emosi yang menjadi eksperimen sebelum melangkah ke naskhah lebih besar.
"Antara berlakon drama dan filem, bagi saya ada keseronokan masing-masing. Cuma untuk saya sendiri, tetap akan terus membintangi drama TV dan juga platform 'over-the-top' (OTT).
"Bagi saya, bergantung pada watak dan skrip drama itu. Kalau sesuai dan kena pula dengan masa yang saya ada untuk buat, memang akan terima kerana berlakon drama TV lebih dekatkan saya dengan penonton.
"Drama TV ini, kalau kita tengok kelompok penontonnya sangat luas. Jadi, saya sekadar ingin mengingatkan kepada bakat baharu industri supaya jangan terlalu bersikap memilih.
"Saya memang suka berlakon drama TV kerana dapat bekerja dengan ramai juga pengarah berkaliber. Sebab, setiap daripada pengarah itu ada sentuhan dan cara kerja tersendiri," katanya.
Berbicara soal bayaran yang dikatakan berlakon karya di OTT dan filem lebih besar nilainya berbanding drama TV, Shukri berkata dia mendapat bayaran setimpal dengan komitmen diberikan.
"Setakat ini, bayaran saya terima untuk berlakon drama TV okay dan berpatutan kerana pihak produksi pun sudah tahu 'rate' (harga) saya. Begitu juga, bayaran saya terima bagi naskhah OTT dan filem.
"Apa-apapun soal bayaran, kita berbincang. Bagi saya, komunikasi dalam perbincangan sangat penting antara pelakon dan penerbit sebelum kerjasama itu dipersetujui kedua-dua pihak," jelasnya.
Menyentuh gandingan pelakon baharu pula, Shukri berkata dia tiada apa-apa syarat diletakkan dan menghormati sahaja pilihan yang dibuat oleh penerbit, pengarah dan pihak stesen TV.
"Sebelum berada pada tahap sekarang, saya pun pernah menjadi pelakon baharu. Jadi, saya faham semua orang perlukan peluang untuk dapat belajar daripada pengalaman yang ditimba.
"Tidak ada orang yang terus jadi hebat dalam apa sahaja kerjaya masing-masing tanpa peluang dan pengalaman. Bagi saya, kalau mereka (bakat baharu) bertanya, bantulah apa yang kita tahu.
"Saya memang tiada masalah untuk kita sama-sama pelakon berbincang dan bertukar pendapat. Bagi saya, senior atau junior ke, kita saling perlukan kerana berlakon ini kerja berpasukan," katanya.
Menurut Shukri, dia juga menjaga batas pergaulan dan profesional dalam bekerja kerana tidak mahu timbulkan apa-apa spekulasi di set penggambaran memandangkan sudah berkeluarga.
"Saya berlakon kerana minat dan ini kerjaya yang saya pilih sendiri. Lagi pun, sudah berbelas tahun sejak 2011 saya berlakon dan usia pun makin meningkat. Jadi, sekarang saya sudah matang.
"Bagaimanapun, terima kasih kepada semua penonton yang menerima karya lakonan saya sama ada drama atau filem. Saya akan terus memberikan yang terbaik dalam hasil kerja," katanya.
Mengulas komen netizen di media sosial, Shukri berkata itu hak masing-masing dan terpulang kepada mereka nak tulis apa tentang drama ditonton itu. Cuma, mana yang baik kita ambil dan sebaliknya, biarkan.
Isteri sokong, faham komitmen kerja
Bertemu jodoh dengan isteri, Tya Adnan pada 2015, dan sudah 11 tahun hidup bersama dengan sepasang cahaya mata, Shukri berkata suri hidupnya itu adalah seorang yang memahami.
Jelasnya, Tya tidak pernah meletakkan sebarang syarat atau mencampuri urusan kerjanya terutama memilih pelakon wanita tertentu dan memantau apa sahaja babak dilakonkan.
"Isteri saya sentiasa memberi sokongan, dan dia juga tidak campur dalam urusan kerja saya. Sebab sebagai suami isteri, kita percaya kepada pasangan, dan itulah yang kami jaga.
"Sehingga kini, kepercayaan diberikan oleh isteri kepada saya sangat dihargai. Malah, dia (isteri) juga faham tuntutan kerja saya sebagai pelakon. Setakat ini, Alhamdulillah semua okay," katanya.
Jelas Shukri, isterinya juga tidak pernah menonton drama dilakonkan, apa lagi mengganggu di lokasi untuk pantau, persoalkan watak dan pelakon wanita yang berlakon dengannya.
"Isteri saya memang faham kerjaya pelakon. Malah, dia juga ada aktiviti sendiri atau bersama kawan-kawannya. Cuma, isteri dan anak saya tidak tengok TV di rumah.
"Hiburan mereka lebih kepada melalui internet. Jadi, kalau tanya apa drama yang saya berlakon pun, mungkin mereka tidak tahu. Tetapi, saya tetap menjaga kepercayaan keluarga," ujarnya.
Mengenai drama Tertulis Kita Sampai Syurga itu, Shukri berkata ia mengisahkan dilema suami yang berhadapan konflik rumah tangga membabitkan kehadiran dua wanita dalam hidupnya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro07:08
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.