Malaysian Attention Engine
Live wire
86General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon85General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar75Business : Govt To Provide 50 Acres Of KL Land Worth RM1 Bln For Bumiputera Agenda73Syarat ketat potongan cukai perbelanjaan gaji pekerja asing70Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara67Elaun pendidikan khas murid autistik meningkat ke RM200 sebulan65Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat65Kerajaan pinda akta, pemandu mabuk atau pengaruh dadah wajib bayar pampasan62Semua doktor yang tamat latihan siswazah ditawarkan jawatan tetap secara automatik60Peruntukan Jualan Rahmah, Agro Madani naik kepada RM750 juta59Had pelepasan cukai individu dinaikkan kepada RM12,00057Belanjawan 2027: Johor Bahru bakal laksana e-ART, Lembah Klang dapat RM100 juta atasi banjir kilat
OverUnconfirmedupdated 25 h ago

'Tiada Exco tak jejaskan penyediaan Belanjawan Negeri Sembilan 2027' - Ismail Lasim | Sinar Harian

Only social or community posts, or a single source.

Attention
5
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 8 Oct, 16:00 MYTLatest activity 8 Oct, 16:00BMconfidence 60%

What happened

'Ketiadaan Exco tak jejaskan pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027' - Ismail Lasim (Google News Malaysia (BM), 16:00)

Read the reporting

1 report
Photo: sinarharian.com.my
sinarharian.com.my·News·BM·1 min read

'Tiada Exco tak jejaskan penyediaan Belanjawan Negeri Sembilan 2027' - Ismail Lasim | Sinar Harian

8 Oct, 16:00 MYT

'Ketiadaan Exco tak jejaskan pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027' - Ismail Lasim

SEREMBAN - Ketiadaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(Exco) tidak akan menjejaskan pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027.

Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, kerajaan negeri boleh membuat keputusan berkenaan Belanjawan tanpa perlu adanya Exco.

“Boleh (bentang). Kebiasaannya, bajet itu kita bawa kepada Exco untuk kelulusan, tapi bukan semestinya.

“Tapi boleh juga, dalam keadaan biasa, bajet yang disediakan oleh jabatan-jabatan ini akan kita bawa terus kepada Dewan,” katanya ditemui pemberita selepas Majlis Amanat dan Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Sembilan Penggal 2026–2028 di sini pada Khamis.

Menurutnya, kerajaan negeri juga akan memanggil kesemua 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan bagi sesi konsultasi Belanjawan pada bulan ini.

Ujarnya, pandangan semua wakil rakyat turut akan diambil kira dalam proses penyediaan Belanjawan negeri terbabit.

Selain itu Ismail memaklumkan bahawa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan pada 16 Oktober ini akan ditangguhkan ke akhir November.

"Kita tangguhkan ke akhir bukan November untuk perasmian DUN dan Belanjawan sekali.

“Penangguhan itu kerana tak sempat. Yang penting sekarang ini kita fikirkan Belanjawan. Apa yang perlu kita buat untuk negeri dan rakyat ialah belanjawan,” katanya.

Beliau berkata, perasmian sidang DUN dijangka akan diadakan pada 26 November depan manakala pembentangan Belanjawan pada 27 November.

Dalam pada itu Ismail menafikan bahawa ketiadaan Exco menjejaskan urusan pentadbiran kerajaan negeri dan buat masa ini semua portfolio dijaga oleh ketua jabatan berkaitan.

"Buat sementara ini tidak terjejas apa-apa(pentadbiran negeri).Jadi, ketua-ketua jabatan berkaitan yang memainkan peranan memastikan portfolio Exco ini berjalan seperti biasa.

"Hubungan saya dengan Setiausaha Kerajaan Negeri pun baik. Yang penting kita nak menguruskan negeri, jadi semua bersikap profesional kerana kita ada tanggungjawab masing-masing,"katanya.

Ditanya sama ada kekosongan Exco akan diselesaikan sebelum sidang DUN dan pembentangan Belanjawan, beliau berkata perkara itu bergantung kepada keadaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Why it is over

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 9NEWnow08:0011:0014:00
Latest 16:00 MYT
5Over
Mentions / h0Velocity0.00/minSources0Platforms0

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. State
    Over

    single source and no mention for 24h

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
8 Oct, 16:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    16:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Google News Malaysia (BM)

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

'Tiada Exco tak jejaskan penyediaan Belanjawan Negeri Sembilan 2027' - Ismail Lasim | Sinar Harian · Malaysian Attention Engine