
Tidak salah cuba kaedah baharu jika mampu beri kebaikan meluas
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Tidak salah cuba kaedah baharu jika mampu beri kebaikan meluas (Harian Metro, 06:04)
Read the reporting
1 report
Tidak salah cuba kaedah baharu jika mampu beri kebaikan meluas
mohamadridzuan@hmetro.com.my
Gelombang kebangkitan semula kumpulan Inteam membuktikan bahawa genre nasyid masih mempunyai tempat istimewa dalam industri muzik tempatan.
Biarpun, citarasa pendengar berubah mengikut peredaran zaman, Inteam yang dianggotai Hazamin Harun, Mohd Syahril Abdul Khalid, Hisyam Ahmad dan Abdul Rahim Osman membuktikan pengaruh mereka belum pudar.
Ia dapat diperlihatkan menerusi Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih di Unifi Arena, Bukit Jalil pada Februari lalu apabila berjaya menghimpunkan kira-kira 9,000 penonton.
Kejayaan itu bukan sekadar meraikan perjalanan suku abad mereka, malah menjadi bukti lagu seperti Kasih Kekasih dan Setanggi Syurga masih dekat di hati peminat.
Kini, Inteam mahu mengekalkan momentum itu menerusi perancangan konsert, kolaborasi rentas genre dan usaha melahirkan generasi baharu nasyid.
"Kami bersyukur kerana selepas lebih 25 tahun, peminat masih menerima Inteam dengan baik. Sambutan konsert pada Februari lalu memang memberikan semangat kepada kami untuk terus berkarya.
"Apabila melihat ramai (peminat) yang datang, kami rasa usaha selama ini masih dihargai dan lagu-lagu kami masih mempunyai tempat dalam kehidupan mereka," kata Hazamin.
Bagi mereka, sambutan itu bukan alasan untuk terus selesa dengan kejayaan lalu.
Sebaliknya, Inteam menyedari perlu sentiasa mencari pendekatan baharu supaya karya nasyid dapat terus mendekati pendengar daripada pelbagai peringkat usia, khususnya golongan muda.
Menurut Hazamin lagi, usaha mendekati anak muda bukan perkara baharu bagi kumpulan berkenaan.
Katanya, sejak lebih 10 tahun lalu, mereka bekerjasama dengan penyanyi seperti Khai Bahar, Sam Bunkface dan Sufian Suhaimi kerana tidak mahu genre nasyid hanya didengar oleh kelompok peminat sama.
"Inteam percaya muzik mempunyai keupayaan merentasi sempadan genre. Kami tidak menolak kemungkinan berkongsi pentas dengan kumpulan rock, malah melihat pendekatan ini sebagai peluang memperkenalkan mesej positif kepada khalayak yang lebih luas.
"Memang ada cadangan daripada penganjur untuk menggabungkan Inteam dengan kumpulan rock dalam satu konsert, tapi perkara ini masih dalam perbincangan lagi.
"Sebenarnya kita dengan Ticket Empire juga ada cadangkan begitu. Mungkin tahun depan, insya-Allah, mungkin Wali Band, tapi semua idea itu masih dalam perbincangan," katanya.
Bagi mereka, ia bukan perkara janggal kerana Wali Band turut membawa lagu-lagu yang mempunyai mesej ketuhanan, walaupun genre muzik mereka adalah rock.
"Jadi kami rasa ia satu benda yang menarik untuk difikirkan dan diteroka sebab kerjasama antara genre yang berbeza.
"Kami sudah cuba dengan Exists menerusi konsert online dan juga dengan Datuk M Nasir. Jadi harapnya boleh dilaksanakan, cuma sekarang kita sedang bak orang kata melayan peminat nasyid dululah.
"Dalam komen, saya tengok ramai yang suka kolaborasi Inteam dengan Exists. Ada yang meminta kami merakamnya secara rasmi kerana persembahan berkenaan dibuat ketika konsert. Kalau ada rezeki, mungkin kami boleh berbincang dengan Exists untuk menghasilkan rakaman rasmi," katanya.
Selain merancang kolaborasi, Inteam turut mahu memastikan perjalanan muzik mereka tidak terhenti pada kejayaan konsert semata-mata.
Album Citra Kasih dilancarkan sempena Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, manakala perancangan seterusnya dibuat termasuk mengimbangi penghasilan karya baharu dengan rakaman semula lagu lama.
"Masalah kami, sudah berpuluh-puluh lagu baharu dihasilkan, tetapi peminat tetap mahu mendengar lagu lama. Mereka mahu lagu yang sudah dikenali dan sebati dalam ingatan.
"Jadi, kami perlu mencari keseimbangan antara menghasilkan lagu baharu dengan memberikan nafas kepada karya lama," kata Hazamin.
Strategi ini dianggap lebih sesuai dengan keadaan semasa kerana lagu popular mempunyai kekuatan tersendiri terutama apabila dipersembahkan secara langsung.
Namun, Inteam tidak mahu situasi itu menyebabkan mereka berhenti menghasilkan karya baharu yang boleh menjadi sebahagian daripada perjalanan muzik mereka pada masa depan.
"Kami akan selang-selikan lagu baharu dengan lagu lama. Selepas keluarkan lagu baharu, mungkin kami akan merakam semula lagu lama, kemudian kembali dengan karya baharu.
"Dengan cara itu, peminat masih dapat menikmati lagu yang mereka suka, tetapi pada masa sama kami tetap memperkenalkan sesuatu yang segar," katanya.
Kejayaan lagu Satukan Kami Di Syurga yang memenangi anugerah Vokal Kumpulan Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) membuktikan Inteam masih mampu mencipta karya baharu yang mendapat perhatian.
"Lagu Satukan Kami Di Syurga antara karya baharu yang kami rasa berjaya menarik perhatian.
"Apabila mendapat pengiktirafan, kami bersyukur kerana ia menunjukkan lagu baharu juga mempunyai peluang untuk diterima. Kami tidak boleh bergantung pada lagu lama sahaja," katanya.
Balas budi Hijjaz
Di sebalik usaha memperkukuh perjalanan sendiri, Inteam turut mengambil langkah menghargai kumpulan yang pernah menjadi sebahagian penting dalam sejarah kerjaya mereka.
Menerusi penganjuran Konsert Hijjaz 3 Dekad Rindu Sumayyah di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Jumaat (esok) dan Sabtu ini, mereka memberikan penghormatan kepada 'sifu' yang pernah memberi bimbingan pada waktu mula bertapak dalam industri.
"Dulu Hijjaz yang mencungkil bakat kami ketika masih belajar di universiti. Mereka membantu menaikkan nama Inteam menerusi album Kasih Kekasih dan lagu-lagu yang dihasilkan ketika itu mendapat sambutan.
"Sekarang kami pula ada pengalaman menganjurkan konsert, jadi kami rasa inilah masanya untuk membalas jasa mereka," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro06:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.