Tiga banduan didakwa bunuh, cedera rakan di Penjara Marang
Only social or community posts, or a single source.
What happened
MARANG - Seorang banduan dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas dakwaan membunuh seorang banduan lain dalam kejadian di Penjara Marang pada Ogos lalu.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Che Mohd Nazzaruddin Che Ros, 35, selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Athirah Hashim.Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan menyebabkan kematian terhadap Nor Mohd Helmi Sahari di Zon 2, R10, Penjara Marang, antara jam 8.45 pagi hingga 9.15 pagi pada 24 Ogos lalu.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, No (Sinar Harian, 11:36)
Read the reporting
1 reportTiga banduan didakwa bunuh, cedera rakan di Penjara Marang
MARANG - Seorang banduan dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas dakwaan membunuh seorang banduan lain dalam kejadian di Penjara Marang pada Ogos lalu.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Che Mohd Nazzaruddin Che Ros, 35, selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Athirah Hashim.Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan menyebabkan kematian terhadap Nor Mohd Helmi Sahari di Zon 2, R10, Penjara Marang, antara jam 8.45 pagi hingga 9.15 pagi pada 24 Ogos lalu.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noradila Ab Latif, manakala kes dikendalikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.Tiada jaminan ditawarkan oleh pihak pendakwaan memandangkan pertuduhan berkenaan tidak membenarkan jaminan.Dalam prosiding sama, dua lagi individu iaitu Mohd Fadli Che Mansor, 36, dan Nor Dhitauddin Afiq Norwadi, 22, turut dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan bersubahat atau bersama-sama dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa sama pada tarikh, masa dan lokasi sama.Kedua-dua tertuduh berkenaan didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.Mahkamah kemudian membenarkan Mohd Fadli dan Nor Dhitauddin masing-masing diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.Dua tertuduh bagi kes tersebut diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Shameer Haziq Shaharuddin.Mahkamah menetapkan 5 November depan bagi sebutan semula kes untuk Mohd Fadli dan Nor Dhitauddin, manakala 10 Disember bagi kes pembunuhan berkenaan bagi menunggu laporan kimia serta laporan bedah siasat lengkap.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian11:36
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.