
Tiga beranak didakwa didera budak lelaki
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KLANG – Tiga beranak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun sehingga mengalami kecederaan fizikal, November tahun lalu. (Kosmo!, 11:53)
Read the reporting
1 report
Tiga beranak didakwa dera budak lelaki hingga cedera
KLANG – Tiga beranak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun sehingga mengalami kecederaan fizikal, November tahun lalu.
Ketiga-tiga tertuduh, K. Asha Nanthini, 37, adiknya, Theveinthiran, 34, dan ibu mereka, P. Sivadevi, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Nur Shafrida Hashim.
Mengikut pertuduhan, mereka bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa dengan niat bersama menganiaya kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ketika kejadian sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa yang berada di bawah pemeliharaan mereka
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Sri Andalas di sini, kira-kira pukul 3 petang pada 5 November tahun lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali, sekiranya disabitkan kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Suhaili Abu Bakar mencadangkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh bersama seorang penjamin dan syarat tambahan supaya tidak mengganggu mangsa.
Bagaimanapun, Peguam V. Pushparajan merayu jaminan minima sebanyak RM10,000 secara keseluruhan untuk semua tertuduh.
Katanya, ketiga-tiga tertuduh merupakan ahli keluarga yang tinggal bersama di alamat tetap sejak 23 tahun lalu.
“Mereka sedia mematuhi semua arahan termasuk tidak mengganggu saksi mangsa dan saksi pendakwaan,” jelasnya.
Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM4,000 bagi setiap tertuduh bersama seorang penjamin selain membenarkan syarat tambahan pendakwaan.
Sebutan semula pada 1 Disember ini. – KOSMO! ONLINE
The post Tiga beranak didakwa dera budak lelaki hingga cedera appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!11:53
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.