
Tiga kali mak pujuk baru Amir Masdi setuju masuk AF
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Tiga kali mak pujuk baru Amir Masdi setuju masuk AF (Google News Malaysia (BM), 06:00)
Read the reporting
1 report
Tiga kali mak pujuk baru Amir Masdi setuju masuk AF
puterialia@hmetro.com.my
DIKENALI sebagai seorang berperwatakan 'introvert' sejak sekolah, siapa sangka penyanyi, Amir Masdi kini sudah mencipta nama dalam industri seni selepas menempuh perjuangan selama sedekad.
Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, 29, mula menjejakkan kaki dalam dunia hiburan melalui program realiti Akademi Fantasia (AF) musim ke-13 pada 2016.
Menurut Amir, pentas Akademi Fantasi menjadi titik permulaan karier nyanyiannya selepas dipujuk sebanyak tiga kali oleh ibu tercinta untuk menyertai uji bakat berkenaan.
"Di situlah lahirnya seorang Amir sebagai penyanyi kerana kalau tiada AF, saya tidak akan menyanyi. Jujurnya, sebab mengapa saya hadir ke uji bakat AF adalah kerana mak minta saya masuk uji bakat itu sebanyak tiga kali.
"Kali pertama saya tolak kerana rasa tiada keyakinan diri dan tidak pernah membuat persembahan di khalayak ramai. Masa itu saya rasa tidak boleh buat benda yang tidak pernah dibuat.
"Kali kedua mak minta lagi, saya masih menolak kerana tidak berani. Masuk kali ketiga, saya fikir apabila mak sudah minta sebanyak tiga kali, saya hanya mahu gembirakan hatinya dan menunaikan permintaannya sebagai anak.
"Saya pergi (uji bakat) bukan dengan niat mahu jadi penyanyi, sebaliknya semata-mata mahu buat mak gembira. Alhamdulillah, pada sesi uji bakat pertama kali dalam hidup itu, saya diterima masuk ke dalam AF," katanya ketika ditemui Harian Metro, baru-baru ini.
Mengimbau kembali perjalanan awalnya dalam program realiti berkenaan, Amir mengakui pada mulanya dia tidak meletakkan sebarang harapan dan tidak kisah jika tersingkir awal.
Bagaimanapun, selepas bertahan hingga minggu ketiga dan mula menerima maklum balas positif daripada penonton, Amir mula serius menggalas tanggungjawab sebagai seorang anak seni.
"Ramai yang beri maklum balas positif, jadi pada satu malam saya berfikir, mengapa tidak saya ambil jalan ini secara serius dan mungkin di sinilah tempat yang telah ditakdirkan untuk saya.
"Mungkin inilah jalan sebenar saya. Alhamdulillah, berkat doa serta restu ibu bapa dan sokongan rakan-rakan, saya nampak laluan ini adalah jalan yang sepatutnya saya kejar sehingga kekal bertahan selama sedekad," katanya lagi.
Berkongsi mengenai perjalanan seninya sepanjang 10 tahun ini, kata pelantun lagu Nurcinta ini, dia mengakui ia bukanlah satu laluan yang mudah, malah penuh dengan pelbagai liku dan onak duri.
"Perjalanan ini tidak mudah, ia sangat sukar buat saya. Jalannya sangat berliku, tetapi saya bersyukur kerana saya dapat melaluinya.
"Saya rasa tujuan kita menjadi artis ini bukan untuk memperoleh sesuatu, populariti atau sekadar mahu ada banyak lagu sahaja. Bagi saya, peranan sebagai artis adalah membawa pengaruh yang baik kepada orang ramai.
"Selain itu, dengan adanya lagu-lagu saya, saya mahu peminat berasa gembira dengan setiap persembahan saya. Saya anggap menjadi artis ini adalah satu pekerjaan, jadi setiap bahagian kerja itu kita perlu laksanakan dengan baik pada setiap masa," katanya.
BAKAL MENGADAKAN SHOWCASE DI ZEPP, KL
Dalam perkembangan lain, Amir bakal menganjurkan sebuah showcase iaitu AM:PM Showcase di Zepp, Kuala Lumpur pada 20 Disember depan.
Amir berkata, idea untuk menghasilkan showcase berkenaan sudah lama berlegar dalam fikirannya, malah ia menjadi antara sebab utama dia menghasilkan album sejak dari album pertama lagi.
Bagaimanapun, Amir menjelaskan penganjuran sebuah konsert berskala besar menuntut persiapan lebih teliti dan tidak boleh dilakukan secara terburu-buru hanya kerana mempunyai dana serta koleksi lagu sendiri.
"Malah saya sendiri pun untuk 'perform' dalam konsert skala besar, saya tidak rasa bersedia lagi untuk sekarang. Jadi, showcase adalah salah satu batu loncatan untuk proses mengadakan konsert.
"(Untuk menganjurkan) konsert insya-Allah pada masa depanlah, doakan. Tetapi buat masa ini, showcase adalah perkara terbaik yang saya boleh laksanakan kepada peminat.
"Saya mahu kumpulkan semua orang dalam satu malam yang sama untuk satu showcase dan saya berharap ia akan jadi istimewa dan epik buat orang ramai," katanya.
Showcase berkenaan bakal menyaksikan Amir membawa sekitar 26 lagu termasuk dua lagu 'cover'.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)06:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.