Malaysian Attention Engine
Live wire
52World : Malaysians In Riyadh, Jeddah Safe Amid Tensions In Saudi Arabia - Mohamad Hasan52Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok46General : Parliamentary Services Act Fulfils MADANI Govt's Reform Pledge - Anwar45General : AIAC Reforms To Strengthen Malaysia As International ADR Hub - Azalina45Projek solar bangunan kerajaan jimat RM115 juta setahun44Rocketfuel perjelas isu Hawa Rizwana dan Ratu Haidar40General : Three Teenagers Injured After A Flag They Were Carrying Came In Contact With High-voltage Power Line39Krisis bekalan petrol di Bali39Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara37Damansara storm: strong winds lift car into another at toll plaza - a reminder why you need Special Perils cover37Kelewatan baja: Kerajaan kaji bantuan bersasar kepada petani terjejas36'Tambah sengsara penduduk!' - Teresa bidas Bandar Mandani Bukit Jalil
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Tiger’s World angkat usaha konservasi harimau Malaya

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 12:39 MYTLatest activity 14 Oct, 12:39BMconfidence 60%

What happened

SELEPAS berminggu-minggu, malah kadangkala berbulan-bulan menunggu, akhirnya seekor harimau Malaya muncul dari kegelapan hutan, berhenti seketika di hadapan kamera sebelum menghilang semula. (Kosmo!, 12:39)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·3 min read

Tiger’s World angkat usaha konservasi harimau Malaya

By SAIRUL ZAMRI MISRANI · 14 Oct, 12:39 MYT

SELEPAS berminggu-minggu, malah kadangkala berbulan-bulan menunggu, akhirnya seekor harimau Malaya muncul dari kegelapan hutan, berhenti seketika di hadapan kamera sebelum menghilang semula.

Bagi Persatuan Pelindung Harimau Malaysia (Rimau), rakaman seperti itu bukan sekadar memberikan gambaran tentang salah satu spesies kucing besar yang paling terancam di dunia, malah menjadi bukti bahawa hidupan liar masih mendiami hutan Perak.

Rakaman-rakaman seperti itu menjadi nadi kepada Tiger’s World iaitu sebuah dokumentari yang dihasilkan daripada pemantauan menggunakan perangkap kamera selama bertahun-tahun.

Dokumentari itu dipersembahkan menerusi Tiger’s World: A Royal Benefit Screening di Aurum Theatre di The Exchange TRX, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tayangan itu diadakan dengan kehadiran Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim sebagai tetamu kehormat diraja.

Acara tersebut turut menghimpunkan lebih 270 tetamu, termasuk Penaung Selebriti Rimau, Datuk Sheila Majid, bagi menyokong usaha konservasi harimau Malaya dan membangkitkan persoalan penting tentang langkah yang diperlukan untuk memastikan hutan Malaysia terus menjadi habitat spesies itu untuk generasi akan datang.

Tiger’s World membawa penonton menyelami salah satu kubu terakhir harimau Malaya.

Dokumentari itu memperlihatkan bukan sahaja harimau, malah gajah, beruang matahari, pelbagai spesies kucing liar, kambing gurun, pulasan tanah yang berwarna terang serta hidupan liar lain yang berkongsi habitat di Central Forest Spine.

Presiden Rimau, Lara Ariffin berkata, bagi mendapatkan rakaman tersebut, pasukan lapangan dan renjer komuniti perlu meredah kawasan pedalaman hutan untuk memasang perangkap kamera.

Mereka hanya kembali semula ke hutan selepas beberapa minggu atau bulan kemudian bagi mendapatkan rakaman yang terkumpul selama beribu-ribu jam.

“Setiap harimau boleh dikenal pasti melalui corak belangnya yang unik, sekali gus membolehkan penyelidik menjejaki pergerakannya.

“Rakaman tersebut memperlihatkan sisi kerapuhan dan daya tahan spesies ini.

“Rakaman itu menunjukkan harimau yang mengalami kecederaan akibat jerat serta berdepan ancaman pemburuan haram, kehilangan habitat, kekurangan spesies mangsa dan konflik manusia-hidupan liar.

Perak kekal sebagai salah satu kubu terpenting harimau

Malaya.

“Pada masa sama, rakaman kehadiran anak harimau dan petunjuk lain menunjukkan bahawa harimau Malaya masih terus bertahan di hutan-hutan ini,” katanya.

Rimau bekerjasama dengan Nuvista Media yang menyumbangkan masa, kreativiti dan kepakaran secara probono untuk mengolah rakaman tersebut menjadi sebuah filem yang membawa penonton lebih dekat dengan subjek.

Hakikatnya, Perak dengan kawasan hutan seluas kira-kira satu juta hektar, kekal sebagai salah satu kubu terpenting harimau Malaya dan menjadi tumpuan utama sebahagian besar usaha konservasi Rimau.

Melalui kerjasama dengan agensi kerajaan, komuniti Orang Asli, pemegang taruh tempatan dan sektor swasta, Rimau menyokong rondaan renjer komuniti, pemantauan hidupan liar, perlindungan dan ketersambungan habitat, perancangan konservasi, pendidikan serta penglibatan awam.

Tayangan itu turut mendapat sokongan penaja emas, Yayasan Hasanah dan YTL Group; penaja perak, Vale; serta penaja gangsa, Berjaya Corporation Berhad, Club Med

Borneo, Datuk Kathleen Chew, The Edge Malaysia, Sunway Group dan VERITAS Design Group.

Aurum Theatre, The Exchange TRX turut menyokong acara itu sebagai rakan kolaborasi lokasi, manakala artis, Christine Das menyumbangkan sebuah karya seni bertemakan harimau.

Pemegang tiket individu dan penderma turut menyumbang kepada usaha konservasi Rimau.

Mengulas lanjut, Lara berkata, usaha tersebut turut mewujudkan sumber pendapatan berasaskan konservasi serta memperkukuh peranan Orang Asli dan komuniti tempatan sebagai penjaga hutan yang paling memahami landskap mereka.

“Di sebalik setiap rakaman dalam Tiger’s World, terdapat rangkaian individu dan organisasi yang terus berusaha memastikan hutan-hutan ini serta harimau yang mendiaminya kekal terpelihara.

“Tayangan amal diraja ini dianjurkan bagi mengumpul dana untuk meneruskan usaha konservasi Rimau. Melindungi landskap harimau memerlukan pelaburan berterusan dalam tenaga kerja, peralatan, kerja lapangan, penglibatan komuniti, kerjasama strategik serta kos penting konservasi yang sering tidak kelihatan di sebalik tabir.

“Bagi Rimau, kepentingan Tiger’s World jauh melangkaui tayangan di pawagam. Kamera memberi kita gambaran tentang apa yang masih ada. Usaha sebenar adalah memastikan ia terus kekal di sana,” katanya.

The post Tiger’s World angkat usaha konservasi harimau Malaya appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow13:00
Latest 13:27 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
14 Oct, 12:39 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    12:39

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.