
Tiket bas ekspres hanya dijual di terminal berlesen APAD mulai 1 November
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Tiket bas ekspres hanya dijual di terminal berlesen APAD mulai 1 November (Harian Metro, 15:33)
Read the reporting
1 report
Tiket bas ekspres hanya dijual di terminal berlesen APAD mulai 1 November
hidayah.tanzizi@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Ketetapan baharu Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang hanya membenarkan penjualan tiket bas ekspres (BE) menerusi terminal dilesenkan bermula 1 November ini mengejutkan pengusaha bas dan ejen penjualan tiket di seluruh negara.
Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, pihaknya menerima makluman berhubung perkara itu melalui surat daripada agensi berkenaan, namun mendakwa tiada sebarang rundingan atau perbincangan dilakukan bersama persatuan pengusaha bas.
Menurutnya, perubahan itu turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengusaha bas yang sudah melaburkan wang untuk membangunkan laman web dan sistem penjualan tiket sendiri bagi memudahkan urusan penumpang.
"Kami terkejut (berhubung makluman terbaru itu) kerana ada ramai ahli kita jual (tiket) melalui platform sendiri, ada yang membangunkan laman web (membolehkan) penumpang beli (tiket secara) terus.
"Selepas itu pengusaha bas akan dapatkan QR kod daripada terminal untuk mempercepatkan proses menaiki bas.
"Apa alasan (perubahan berlaku) kita juga tidak tahu, saya dapat surat itu pada minggu lalu," katanya dihubungi di sini, hari ini.
Menurutnya, sebelum ini penumpang mempunyai tiga saluran pilihan untuk membeli tiket bas ekspres iaitu secara terus di terminal, melalui ejen penjualan tiket dalam talian atau menerusi laman web pengusaha bas.
"Susulan itu, kita buat permohonan untuk berjumpa dengan APAD untuk memperincikan perkara ini," katanya.
Berdasarkan surat pekeliling yang diedarkan kepada pengendali bas, ketetapan itu membabitkan pemberian hak mutlak penjualan tiket kepada terminal dan struktur caj komersial baharu.
Surat berkenaan memaklumkan, pihak terminal bas ekspres mempunyai hak mutlak ke atas penjualan tiket kepada penumpang yang menggunakan perkhidmatan BE di terminal BE.
Justeru, pengurusan trip, pelepasan dan transaksi jualan diletakkan di bawah tanggungjawab penuh pihak terminal bas ekspres.
Caj komersial bagi perkhidmatan platform digital dikenakan terus kepada pengendali bas ekspres dan bukan penumpang.
Sementara itu, APAD ketika dihubungi mengesahkan ketetapan baharu berkenaan dan memaklumkan arahan itu dikeluarkan pada 16 Oktober lalu.
Bagaimanapun, katanya, pembelian tiket bas masih boleh dilakukan melalui ejen pelancongan dalam talian (OTA) atau laman web pengusaha bas jika terminal berkenaan milik mereka sendiri.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro15:33
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.