
'Tindakan kamu merompak mangsa yang cedera jatuh longkang dan mati, amat keterlaluan' - Hakim
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
MELAKA: Seorang banduan dijatuhi hukuman penjara 13 tahun oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, hari ini, atas kesalahan menyebabkan kematian seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun tanpa niat ketika menyamun mangsa, tiga tahun lalu. (Berita Harian, 14:26)
Read the reporting
4 reports
'Tindakan kamu merompak mangsa yang cedera jatuh longkang dan mati, amat keterlaluan' - Hakim
MELAKA: Seorang banduan dijatuhi hukuman penjara 13 tahun oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, hari ini, atas kesalahan menyebabkan kematian seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun tanpa niat ketika menyamun mangsa, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk DJP Suria Kumar menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Faris Amjad Jamalludin, 27, selaku tertuduh kedua yang mengaku salah atas pertuduhan pilihan, selain menimbangkan hujah pendakwaan dan pembelaan serta fakta kes sebelum ini.
Beliau menetapkan hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap pada 11 Jun 2023.
Bagaimanapun, mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh pertama, Noorbaizura Mohd Fuad, 37, yang tidak mengaku atas pertuduhan sama selepas pendakwaan menarik balik kes terhadapnya hari ini.
Suria berkata, tertuduh perlu bersyukur diberi pertuduhan pilihan apabila representasi peguam diterima pada 24 September lalu, namun menegaskan mahkamah memandang serius jenayah ragut atau samun yang menyebabkan kecederaan hingga meragut nyawa mangsa seperti dihujahkan pendakwaan.
Beliau berkata, mahkamah tidak dapat menerima alasan Muhammad Faris bahawa dia tidak menggunakan senjata dan hanya menendang motosikal mangsa sewaktu kejadian.
"Tendangan tertuduh kedua menggunakan kaki kiri dengan kuat terhadap motosikal mangsa adalah mencukupi, seolah-olah sebagai senjata hingga membawa kecederaan kepada mangsa dan kemudian kematiannya.
"Tindakan tertuduh itu tanpa memikirkan akibat dan hanya mementingkan diri untuk meragut atau merompak mangsa yang terjatuh dalam longkang dan dalam keadaan tidak berdaya," katanya ketika memberikan penghakiman lisan.
Suria berkata, tindakan tertuduh meninggalkan mangsa dalam longkang walaupun mengetahui warga emas itu cedera dan tidak berdaya keluar, menunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan.
Katanya, keadaan longkang dalam dilitupi pokok turut menyebabkan mangsa sukar dilihat, sekali gus menyukarkan usaha mengesan keberadaannya.
"Jika mangsa diberi rawatan perubatan sejurus terjatuh dalam longkang atau pada hari kejadian, mahkamah percaya besar kemungkinan mangsa dapat diselamatkan dan masih hidup.
"Namun, perkara ini tidak timbul dalam pemikiran kamu yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan mangsa juga mungkin ada isteri, anak atau cucu," katanya.
Suria turut menasihati tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama selepas dibebaskan kelak, sebaliknya berusaha mencari rezeki halal dan membantu ibunya.
Mengikut pertuduhan pilihan, Muhammad Faris dan Noorbaizura didakwa menyebabkan kematian Tan Kue Seng, 71, di tepi Jalan Gapam-Ayer Keroh, di sini, pada kira-kira jam 7 pagi 9 April 2023.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan (KK) dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan denda.
Mengikut pertuduhan utama, mereka didakwa membunuh warga emas itu mengikut Seksyen 302 KK.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azfar Mahmod, manakala Muhammad Faris dan Noorbaizura masing-masing diwakili peguam, LK Tiu serta KK Mak.
Muhammad Faris kini menjalani hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan bermula 27 Mei 2023 atas kesalahan merompak hingga mendatangkan kecederaan mengikut Seksyen 394 KK dan penjara lima tahun serta dua sebatan bermula tarikh tangkap 7 Jun 2023 atas pertuduhan samun mengikut Seksyen 392 KK.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 5 independent sources
- Driven by news coverage (5 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian14:26
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 5 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today, Harian Metro, Malay Mail
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (5)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.