
TLDM bakal terima dua kapal ukur dasar laut
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bakal menerima dua buah kapal hidrografi baharu jenis Survey Motor Launch (SML) menerusi peruntukan Belanjawan 2027. (Kosmo!, 12:04)
Read the reporting
1 report
TLDM bakal terima dua kapal ukur dasar laut
KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bakal menerima dua buah kapal hidrografi baharu jenis Survey Motor Launch (SML) menerusi peruntukan Belanjawan 2027.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Dr. Zulhelmy Ithnain berkata, kelulusan perolehan aset itu amat penting bagi mempercepatkan operasi ukur hidroografi serta menangani jurang data marin di perairan negara menerusi Pusat Hidrografi Nasional (PHN).
Menurut beliau, langkah tersebut berjalan seiring dengan inisiatif kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara yang meluluskan proses perolehan Kapal Penyelidikan Nasional pertama buat Malaysia.
“Inisiatif mercu tanda ini akan menyediakan platform khas bagi penyelidikan saintifik marin sekali gus mengukuhkan asas tadbir urus maritim berasaskan bukti.
“Ia merupakan pelaburan strategik demi masa depan maritim Malaysia,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Seabed 2030 Indo-Pacific Ocean Mapping Meeting & Data Sprint 2026 di sini, hari ini.
Beliau berkata, peruntukan bagi perolehan aset berkenaan telah diluluskan, namun proses perolehan masih belum dimulakan.
Katanya, PHN ketika ini hanya mempunyai sebuah kapal ukur hidrografi, sekali gus mengehadkan keupayaan untuk meliputi keseluruhan domain maritim negara.
“Dua kapal yang lebih kecil ini akan menumpukan operasi ukur di kawasan perairan cetek, manakala kawasan perairan dalam dan terbuka akan terus dikendalikan oleh KD Perantau serta kapal-kapal sewaan,” katanya.
Zulhelmy berkata, Malaysia menyasarkan untuk melengkapkan pemetaan dasar laut negara sebelum 2050, dengan penambahan aset berkenaan dijangka membantu mempercepatkan usaha itu.
Bagaimanapun, katanya, penggunaan kapal sewaan masih diperlukan sekiranya TLDM mahu mempercepatkan proses pemetaan berikutan kapal sedia ada turut mempunyai tanggungjawab operasi lain. – KOSMO! ONLINE
The post TLDM bakal terima dua kapal ukur dasar laut appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!12:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.