
Tourism Malaysia dan MYDIN jalin kerjasama strategik
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Subang Jaya: Tourism Malaysia dan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) menjalin kerjasama strategik menerusi pelancaran Kempen "Jom Jalan MYDIN", sebuah inisiatif khusus bagi merancakkan pelancongan domestik dengan menggabungkan elemen pengalaman beli-belah interaktif serta sokongan terhadap barangan tempatan. (Harian Metro, 11:52)
Read the reporting
1 report
Tourism Malaysia dan MYDIN jalin kerjasama strategik
Subang Jaya: Tourism Malaysia dan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) menjalin kerjasama strategik menerusi pelancaran Kempen "Jom Jalan MYDIN", sebuah inisiatif khusus bagi merancakkan pelancongan domestik dengan menggabungkan elemen pengalaman beli-belah interaktif serta sokongan terhadap barangan tempatan.
Kempen dilancarkan selari dengan Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) itu bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia meneroka keunikan destinasi tempatan, sambil menikmati ganjaran beli-belah yang menarik di cawangan MYDIN terpilih di seluruh negara.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing, menyifatkan kerjasama awam-swasta itu sebagai langkah proaktif yang menyokong aspirasi negara.
"Inisiatif seperti Kempen Jom Jalan MYDIN berupaya menyemarakkan lagi semangat Cuti-Cuti Malaysia dalam kalangan rakyat tempatan.
"Kerjasama ini menyokong persiapan VM2026 dengan memperkukuh pelancongan domestik melalui pengalaman beli-belah yang menghubungkan masyarakat secara terus dengan produk serta tarikan tempatan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan MYDIN Datuk Wira (Dr.) Ameer Ali Mydin berkata, MYDIN melihat peranan pusat beli-belah hari ini bukan sekadar lokasi mendapatkan barangan keperluan, tetapi turut berfungsi sebagai platform yang menawarkan pengalaman unik kepada para pelanggan.
"MYDIN sentiasa komited dalam menyokong produk tempatan dengan menyediakan ruang kepada usahawan IKS dan PKS dari seluruh negara untuk memperkenalkan produk mereka. Menerusi kempen ini, kami berharap rakyat Malaysia dapat mengenali, menghargai, dan terus memilih barangan buatan Malaysia," katanya.
Inisiatif ini selari dengan teras Tourism Malaysia dalam memperkasakan segmen pelancongan beli-belah (shopping tourism) yang merupakan antara penyumbang utama kepada pendapatan pelancongan domestik negara.
Menerusi kerjasama ini, pelawat bukan sahaja digalakkan melancong, malah disokong untuk meneroka dan membeli produk warisan tempatan dari pelbagai negeri di bawah satu bumbung.
Antara tarikan utama kempen termasuklah penganjuran aktiviti Treasure Hunt di cawangan MYDIN terpilih yang memberi peluang kepada peserta menyelesaikan pelbagai cabaran sambil meneroka lokasi pelancongan menarik, sekali gus menjadikan pengalaman membeli-belah lebih interaktif di samping beramal kepada golongan yang memerlukan.
Di samping itu, kempen ini menawarkan pelbagai ganjaran menarik merangkumi pakej pelancongan domestik seperti pengalaman pelayaran kapal persiaran dan penginapan hotel tempatan tajaan Tabung Haji Travel.
Menerusi sokongan rakan pembekal, pelbagai hadiah, baucar, serta penjimatan bernilai keseluruhan melebihi RM5 juta turut disediakan sepanjang tempoh kempen berlangsung.
Sinergi antara Tourism Malaysia dan MYDIN ini mencerminkan komitmen berterusan dalam merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan yang melibatkan sektor peruncitan, penginapan, pengangkutan, makanan dan minuman, serta pembangunan komuniti usahawan tempatan sempena VM2026.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro11:52
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.