Malaysian Attention Engine
Live wire
54General : Nepal Seeks Legal Amendments To Expedite Death Certs For 54 M'sians – Mohamad Hasan5227 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti51Politics : N. Sembilan Crisis Will Not Derail BN's Melaka Polls Preparations - Tok Mat45Abbe Hae didakwa ditahan polis44General : Anwar Congratulates Siti Nurhaliza On Soulful Gema Bumantara performance44World : Malaysia Advises Citizens To Postpone Non-Essential Travel To France Amid Demonstrations43[TERKINI] Demonstrasi Perancis: Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting - Wisma Putra43Hilang kepercayaan, Dak Jep tinggalkan BERSATU37Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi36PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang34Op Samseng Jalanan: JSPT KL sita 60 motosikal34NVIDIA Denies RTX 5090 Discontinuation Rumors, Admits Supply Is Tight
NewConfirmedupdated 2 h ago

Tracie Sinidol tak mudah 'koyak' dek sindiran dialek Sabah

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
21
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 13:00 MYTLatest activity 18 Oct, 13:07MixedBMconfidence 80%

What happened

Tracie Sinidol tak mudah 'koyak' dek sindiran dialek Sabah (Google News Malaysia (BM), 13:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Tracie Sinidol tak mudah 'koyak' dek sindiran dialek Sabah

By Affan Rostam · 18 Oct, 13:07 MYT

KUALA LUMPUR: Dialek Sabah yang pekat bukan sahaja menjadi identiti pelakon, Tracie Sinidol, malah pernah mengundang sindiran ketika dia mengembangkan kerjaya dalam industri lakonan tanah air.

Bagaimanapun, pelakon berusia 25 tahun itu memilih untuk tidak terlalu mengambil hati, sebaliknya menilai setiap teguran secara rasional, terutama jika mampu membantunya memperbaiki kelemahan diri.

Tracie berkata, dia mengamalkan prinsip mengambil perkara yang bermanfaat daripada kritikan dan mengetepikan kata-kata yang melampaui batas.

"Pernah juga saya berdepan dengan sindiran, tetapi saya ambil yang jernih dan buang yang keruh. Kalau teguran itu benar-benar membantu memperbaiki diri, saya ambil. Kalau dirasakan sudah keterlaluan, biarkan sahaja.

"Bagi saya, mudah sahaja. Kadang-kadang, ia bergantung kepada bagaimana kita bertindak balas terhadap sesuatu perkara," katanya kepada BH Online.

Mengulas cabaran membawakan watak yang memerlukan penggunaan bahasa Melayu standard dalam dialog harian, Tracie berkata, pihak produksi lazimnya berbincang terlebih dahulu mengenai keupayaannya memenuhi keperluan watak.

Katanya, perbincangan itu membolehkan kedua-dua pihak memahami kekangan masing-masing sebelum bersetuju meneruskan sesuatu projek.

"Biasanya, pihak produksi akan bertanya. Kalau benar-benar boleh melakukannya, atau mungkin mereka beri tempoh supaya saya boleh memperbaikinya, barulah kita teruskan.

"Mereka biasanya akan bercakap secara terus terang. Saya suka pendekatan begitu. Mereka akan beritahu sama ada saya boleh menyampaikan apa yang mereka mahukan.

"Jadi, sebenarnya kita bertemu di tengah-tengah. Mereka memahami kekurangan saya, manakala saya pula berusaha memenuhi apa yang mereka perlukan," katanya.

Dalam pada itu, Tracie berkata, dia kini tidak mahu terlalu memikirkan pandangan negatif kerana menyedari reaksi berlebihan terhadap sesuatu perkara boleh memberi kesan kepada dirinya sendiri.

"Sekarang ini, dalam kehidupan dan urusan kerja saya, saya cuma mahukan ketenangan. Jadi, saya tidak terlalu mengambil peduli.

"Kadang-kadang, apabila difikirkan semula, cara kita bertindak balas terhadap sesuatu perkara sebenarnya memberi pengaruh yang sangat besar kepada diri sendiri.

"Kalau kita bertindak balas secara berlebihan, kesannya lebih banyak merosakkan diri sendiri," katanya.

Bagaimanapun, Tracie tidak menafikan kepentingan teguran kerana komen negatif juga boleh membantu seseorang mengenal pasti kekurangan dan memperbaiki diri.

Katanya, seseorang tidak seharusnya hanya menerima pujian, sebaliknya perlu terbuka menilai kritikan yang membina.

"Tidak bagus juga kalau kita hanya mengambil perkara positif. Kadang-kadang, kita perlu melihat perkara negatif supaya sedar bahawa kita masih mempunyai kekurangan.

"Daripada apa yang orang katakan, kita boleh gunakan teguran itu untuk memperbaiki kekurangan diri. Itu sahaja," katanya.

Tracie mula mengembangkan kerjaya seni selepas menjuarai program pencarian bakat Dewi Remaja edisi 2021/2022.

⁠Anak jati Sabah itupernah dinobatkan sebagai juara pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau Tambunan 2021 sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat Tambunan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
  • Discussed in mixed-language, Bahasa Malaysia

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow14:00
Latest 14:49 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  3. Language
    First Bahasa Malaysia coverage (Berita Harian) source
  4. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
18 Oct, 13:00 MYT
Origin confidence 60% · 7 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    13:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM)

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Tracie Sinidol tak mudah 'koyak' dek sindiran dialek Sabah
bharian.com.myNewsmainstreamMixednear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.