
Trump sokong Pakistan, Turkiye bantu Arab Saudi hadapi Houthi
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyokong tindakan Turkiye dan Pakistan yang mahu membantu Arab Saudi menangkis serangan Houthi menerusi penempatan pasukan tentera mereka di bawah Perikatan Mekah. (Utusan Malaysia, 09:35)
Read the reporting
1 report
Trump sokong Pakistan, Turkiye bantu Arab Saudi hadapi Houthi
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyokong tindakan Turkiye dan Pakistan yang mahu membantu Arab Saudi menangkis serangan Houthi menerusi penempatan pasukan tentera mereka di bawah Perikatan Mekah.
Trump kelmarin menyifatkan langkah itu sebagai usaha yang baik selepas peluru berpandu dan dron kumpulan tersebut menyerang Riyadh, Mekah dan Madinah sebelum ini.
Bagaimanapun, Arab Saudi, Turkiye dan Pakistan bersetuju mengaktifkan langkah pertahanan bersama di bawah Perikatan Pertahanan Mekah dan mempercepatkan penempatan pasukan serta keupayaan ketenteraan ke Riyadh susulan serangan berterusan Houthi dari Yemen.
“Saya fikir mereka mahu membantu Arab Saudi dan saya fikir itu bagus,” katanya.
Keputusan memberi bantuan itu dicapai dalam mesyuarat tergempar Jawatankuasa Strategik Politik dan Pertahanan Perikatan Pertahanan Mekah di Riyadh yang membincangkan perkembangan keselamatan serta ancaman terhadap Arab Saudi.
“Mereka yang menghadiri Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Strategik Politik dan Pertahanan di bawah Perikatan Mekah untuk Pertahanan menegaskan semula perpaduan serta kesatuan negara kita dalam menghadapi serangan kejam terhadap Arab Saudi dan tempat suci.
“Jawatankuasa bersetuju mengaktifkan langkah pencegahan bersama dalam kerangka Perikatan sebagai tindak balas terhadap serangan dan semua pihak yang bertanggungjawab terhadapnya,” kata Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Khalid bin Salman Al Saud, dalam hantaran di X.
Jawatankuasa itu turut bersetuju mengambil langkah yang diperlukan bagi menyediakan pasukan dan keupayaan ketenteraan yang dipersetujui sebelum ini untuk dikerahkan dengan segera di Arab Saudi.
Mesyuarat itu turut menandakan langkah institusi bagi perikatan berkenaan apabila pihak jawatankuasa melantik bekas Leftenan Jeneral Tentera Darat Pakistan, Numan Mahmud sebagai Setiausaha Agung pertamanya untuk tempoh tiga tahun.
“Negara anggota menegaskan keselamatan setiap negara anggota adalah sebahagian yang tidak boleh dipisahkan daripada keselamatan bersama ketiga-tiga negara,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Kedutaan AS di Riyadh mengeluarkan amaran keselamatan kepada warganya susulan konflik berterusan di Yemen dan ancaman terbuka Houthi terhadap lapangan terbang serta ruang udara di seluruh Arab Saudi.
Kerajaan AS turut berkata, kakitangannya yang bertugas di Arab Saudi dilarang melakukan perjalanan dalam jarak kira-kira 32 kilometer dari sempadan Yemen atas faktor keselamatan, selain memerlukan kebenaran khas untuk melakukan perjalanan ke wilayah Jizan, Asir dan Najran, bandar Qatif, Yanbu serta Taif.
Kedutaan itu juga menasihatkan warga AS supaya tidak melakukan perjalanan berhampiran sempadan Yemen dan mematuhi amaran yang dikeluarkan Pertahanan Awam Arab Saudi.
Seramai tiga orang awam terbunuh manakala 36 lagi cedera dalam serangan Houthi terhadap Lapangan Terbang Abha dan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid dalam tempoh dua hari, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi.
Gabungan diketuai Arab Saudi di Yemen pula berkata, pihaknya memusnahkan platform pelancaran peluru berpandu balistik yang digunakan dalam serangan terhadap Riyadh pada hari sama.
Beliau mendakwa Houthi turut menyasarkan Briged Giants yang disokong Arab Saudi menggunakan peluru berpandu balistik, menyebabkan lebih 30 orang terbunuh dan cedera, lapor Al Jazeera. – AGENSI
The post Trump sokong Pakistan, Turkiye bantu Arab Saudi hadapi Houthi appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia09:35
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.