
Turkiye sekat media sosial bawah 15 tahun mulai 1 November
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
ANKARA: Turkiye menguatkuasakan larangan penggunaan media sosial bagi kanak-kanak bawah 15 tahun mulai 1 November ini, sekali gus menyertai beberapa negara yang memperketat kawalan terhadap platform dalam talian demi melindungi golongan muda. (Utusan Malaysia, 17:01)
Read the reporting
2 reports
Turkiye sekat media sosial bawah 15 tahun mulai 1 November
ANKARA: Turkiye menguatkuasakan larangan penggunaan media sosial bagi kanak-kanak bawah 15 tahun mulai 1 November ini, sekali gus menyertai beberapa negara yang memperketat kawalan terhadap platform dalam talian demi melindungi golongan muda.
Keputusan itu disiarkan dalam Warta Rasmi kerajaan pada Sabtu selepas Parlimen meluluskan undang-undang berkenaan pada April lalu.
Undang-undang itu mewajibkan penyedia platform media sosial mengambil langkah teknikal dan pentadbiran, termasuk pengesahan umur, bagi memastikan perlindungan terhadap kanak-kanak dilaksanakan.
Ia turut menetapkan tiada perkhidmatan yang berpotensi menimbulkan kesan ketagihan dalam kalangan kanak-kanak boleh ditawarkan.
Beberapa negara termasuk Australia telah memperkenalkan sekatan media sosial untuk kanak-kanak, manakala negara lain seperti Britain dan Perancis turut berusaha melaksanakan langkah serupa.
Sekatan berkenaan bertujuan melindungi kanak-kanak daripada pelbagai risiko digital, termasuk ketagihan skrin, kekurangan tidur, buli siber dan gangguan pemakanan.
Bagaimanapun, kumpulan hak asasi mempersoalkan sekatan kebebasan bersuara di Turkiye yang didakwa menyasarkan komuniti LGBTQ, media dan pembangkang politik.
Sejumlah akaun media sosial turut disekat sejak beberapa minggu kebelakangan ini.- AFP
The post Turkiye sekat media sosial bawah 15 tahun mulai 1 November appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia17:01
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Free Malaysia Today, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.