
'Kejadian amuk di Bera dipercayai ada kaitan isu tanah,' - Polis
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
'Kejadian amuk di Bera dipercayai ada kaitan isu tanah,' - Polis (Harian Metro, 12:39)
Read the reporting
3 reports
'Kejadian amuk di Bera dipercayai ada kaitan isu tanah,' - Polis
am@hmetro.com.my
Bera: Kejadian seorang lelaki mengamuk dengan memecahkan cermin pikap sebelum menumbuk seorang lelaki di Kampung Kuala Serting, di sini, semalam dipercayai mempunyai kaitan dengan isu tanah susulan operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Ramsar, Tasik Bera pada 6 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, pihaknya percaya kejadian itu mempunyai kaitan dengan isu tanah berkenaan, namun siasatan lanjut masih dijalankan.
"Ya, kita percaya ada kaitan dengan isu tanah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau turut mengesahkan kenderaan 4 x 4 yang menjadi sasaran suspek adalah milik sebuah syarikat swasta.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang semalam, suspek dipercayai bertindak agresif dengan merosakkan kenderaan 4x4 berwarna putih yang diletakkan di tepi jalan Kampung Kuala Serting.
Pada 6 Oktober lalu, sekumpulan penduduk dilihat membuat provokasi terhadap anggota penguat kuasa ketika operasi penguatkuasaan dilaksanakan di kawasan HSK Ramsar, Tasik Bera.
Zulkiflee berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian mendatangkan kecederaan dan khianat terhadap harta benda itu pada 14 Oktober lalu.
Menurutnya, suspek lelaki dipercayai menunggang motosikal jenis Modenas berwarna hitam perak sebelum bertindak memecahkan cermin kenderaan terbabit.
"Suspek dipercayai memecahkan cermin pintu dan cermin sisi sebelah kanan kenderaan 4x4 yang diletakkan di tepi jalan.
"Suspek juga didakwa menumbuk bahu seorang lelaki yang berada di tempat kejadian selain memaki hamun menggunakan kata-kata kesat," katanya.
Beliau berkata, suspek kemudian melarikan diri dari lokasi kejadian dengan meninggalkan motosikal yang ditunggangnya.
Katanya, polis kini giat mengesan lelaki terbabit bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta melakukan khianat terhadap harta benda," katanya.
Zulkiflee turut meminta individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is accelerating
- 3 mentions in the last hour after none the hour before
- 3 independent sources, 3 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro12:39
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Harian Metro, Kosmo!, Sinar Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.