
UPSI, Honor Malaysia meterai MoA wujudkan HONOR AI Lab
Only social or community posts, or a single source.
What happened
TANJONG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan HONOR Technology (Malaysia) Sdn. Bhd. memeterai memorandum perjanjian (MoA) bagi mewujudkan HONOR AI Lab @ UPSI sebagai usaha memperkukuh pendidikan, penyelidikan dan inovasi dalam bidang kecerdasan buatan (AI). (Utusan Malaysia, 16:58)
Read the reporting
1 report
UPSI, Honor Malaysia meterai MoA wujudkan HONOR AI Lab
TANJONG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan HONOR Technology (Malaysia) Sdn. Bhd. memeterai memorandum perjanjian (MoA) bagi mewujudkan HONOR AI Lab @ UPSI sebagai usaha memperkukuh pendidikan, penyelidikan dan inovasi dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Majlis menandatangani MoA itu disempurnakan oleh Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff dan Pengurus Besar Honor , Chen Long, serta disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dalam satu majlis yang diadakan di
Bilik Tetamu Utama, Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI.
Menurut Md Amin, penubuhan makmal itu merupakan langkah strategik dalam memperluas akses kepada teknologi AI serta menyediakan peluang pembelajaran berasaskan pengalaman industri kepada warga universiti.
Beliau berkata Honor AI Lab @ UPSI bukan sahaja menjadi platform untuk pelajar meneroka teknologi AI, malah membuka ruang kepada pensyarah dan penyelidik untuk memperkembangkan penyelidikan serta menghasilkan inovasi yang relevan dengan keperluan
ekonomi digital negara.
“Kerjasama ini memberi peluang kepada warga UPSI untuk memperoleh pendedahan praktikal terhadap perkembangan teknologi AI, sekali gus merapatkan jurang antara pembelajaran teori di bilik kuliah dengan aplikasi sebenar dalam industri.
“Melalui kemudahan dan program yang disediakan, pelajar dapat meningkatkan kompetensi teknikal serta kemahiran insaniah, manakala pensyarah berpeluang memperkukuh pengajaran dan penyelidikan melalui penggunaan teknologi AI,” katanya.
Md. Amin berkata, makmal berkenaan akan berfungsi sebagai hab pelaksanaan pelbagai aktiviti berkaitan AI, termasuk bengkel, program pensijilan profesional, peluang mobiliti pelajar, latihan industri, pertandingan inovasi serta sesi perkongsian bersama pihak industri.
Tambah Md Amin, bagi memperkukuh keupayaan akademik dan penyelidikan, pensyarah UPSI turut mendapat akses kepada peralatan pengkomputeran AI, alat pembangunan dan perkakasan sokongan bertaraf industri bagi menyokong penerapan aplikasi AI dalam
kurikulum serta pelaksanaan projek penyelidikan dan inovasi.
“Kemudahan itu juga dijangka membuka peluang kerjasama antara ahli akademik dengan pakar industri dalam meneroka perkembangan teknologi AI dan menghasilkan penyelesaian yang bersesuaian dengan keperluan semasa.
Dalam pada itu, pelajar UPSI akan berpeluang menyertai aktiviti pembelajaran berasaskan projek, pertandingan inovasi, program mobiliti dan latihan industri bagi meningkatkan pendedahan praktikal terhadap teknologi AI.
“Pelaksanaan program pensijilan profesional turut membolehkan pelajar membangunkan kompetensi teknikal serta kemahiran keusahawanan yang selaras dengan standard kompetensi kebangsaan, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam landskap pekerjaan yang semakin dipacu teknologi,” ujar beliau.
Sementara itu, Chen berkata kerjasama dengan UPSI mencerminkan komitmen HONOR untuk memperluas akses kepada ekosistem AI serta memperkasa pembangunan bakat tempatan bagi memenuhi keperluan industri teknologi yang semakin berkembang.
“HONOR komited untuk merapatkan ekosistem AI dengan semua pengguna dan perkongsian dengan UPSI ini adalah langkah penting dalam memperkasa generasi bakat Malaysia yang seterusnya.
“Dengan membuka sempadan industri kami dan bekerjasama rapat dengan akademik, kami berharap dapat bersama-sama mewujudkan ekosistem perkongsian nilai yang memberi manfaat kepada pelajar, penyelidik dan komuniti yang lebih luas,” katanya.
Di bawah perjanjian selama dua tahun itu, HONOR AI Lab akan ditempatkan di Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) dan dimiliki serta diuruskan oleh Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT) UPSI. – UTUSAN
The post UPSI, Honor Malaysia meterai MoA wujudkan HONOR AI Lab appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia16:58
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.