
UPSI terima ambulans hasil sumbangan pewakaf, perkukuh fasiliti kesihatan universiti
Only social or community posts, or a single source.
What happened
TANJONG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memperkukuh agenda wakaf kesihatan apabila berjaya mengumpulkan dana wakaf RM350,000 menerusi Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS). (Berita Harian, 21:07)
Read the reporting
1 report
UPSI terima ambulans hasil sumbangan pewakaf, perkukuh fasiliti kesihatan universiti
TANJONG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memperkukuh agenda wakaf kesihatan apabila berjaya mengumpulkan dana wakaf RM350,000 menerusi Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS).
Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed berkata dana itu dimanfaatkan dengan membeli sebuah ambulans wakaf, yang diserahkan secara rasmi oleh pihak pembekal dalam satu sesi penyerahan di Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UPSI Selasa lalu.
Katanya, penerimaan ambulans wakaf ini mencerminkan keberkesanan kerjasama antara universiti, pewakaf dan rakan strategik dalam menyediakan kemudahan yang menyokong keperluan kesihatan warga universiti.
"Sumbangan ini, bukan sahaja menyediakan kemudahan kesihatan kepada universiti, malah mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh kesejahteraan warga UPSI," katanya.
Beliau turut hadir pada sesi penyerahan van kepada Pengarah Pusat Kesihatan UPSI, Dr Farah Salwani Che Ku Razak serta Ketua Bahagian Pengangkutan UPSI, Mohd Feizal Md Shariff.
Sementara itu, Pengarah WEZAS, Prof Madya Dr Mohd Abdul Nasir Abd Latif berkata kejayaan mengumpulkan dana wakaf RM350,000 dalam tempoh enam bulan sebagai pencapaian bermakna dalam memperluas manfaat wakaf kepada sektor kesihatan.
"Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pewakaf utama, Public Islamic Bank Berhad (PIBB), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Institut Pengajian Siswazah (IPS) UPSI, serta semua pewakaf yang menyumbang melalui potongan gaji secara tetap, platform InfaqPay dan sumbangan secara one-off," katanya.
Beliau berkata kejayaan itu mencerminkan kepercayaan dan komitmen bersama dalam memperkasa wakaf kesihatan UPSI demi manfaat warga universiti dan masyarakat, malah ia membuktikan potensi wakaf sebagai instrumen pembangunan mampan yang mampu menyokong penyediaan kemudahan kesihatan melalui kerjasama strategik antara universiti, institusi dan masyarakat.
"Semoga inisiatif sumbangan dan kepercayaan yang diberikan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kerjasama strategik dalam memperkasa wakaf pendidikan, kesihatan dan kebajikan demi manfaat berterusan kepada universiti dan masyarakat," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian21:07
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.