
Urut RM40, nak 'extra' tambah RM20
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Urut RM40, nak 'extra' tambah RM20 (Harian Metro, 14:52)
Read the reporting
1 report
Urut RM40, nak 'extra' tambah RM20
am@hmetro.com.my
Melaka: Kegiatan lima wanita warga asing yang dipercayai menawarkan khidmat seks terbongkar selepas rumah tumpangan di Banda Hilir, di sini, diserbu penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) petang semalam.
Dalam serbuan pada 3 petang dengan bantuan polis itu, kesemua wanita warga Indonesia berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu ditemui dalam bilik berasingan di premis terbabit.
Menurut JAIM, pemeriksaan di bilik pertama menemukan seorang lelaki tempatan bukan Islam berusia 44 tahun bersama wanita berusia 38 tahun.
Katanya, pemeriksaan lanjut turut menemui kondom terpakai dan wang tunai RM60 dipercayai bayaran bagi mendapatkan khidmat wanita terbabit.
"Hasil soal siasat, wanita itu mengaku menerima RM40 bagi sesi urutan badan, manakala tambahan RM20 lagi untuk khidmat seks," menurut kenyataan JAIM hari ini.
Menurut kenyataan itu, pemeriksaan kemudiannya diteruskan ke bilik lain sebelum empat lagi wanita warga asing ditemukan berada di dalam bilik masing-masing.
"Ketika operasi dijalankan sekumpulan lelaki yang disyaki warga asing turut dikesan memasuki premis berkenaan menerusi pintu belakang.
"Namun, mereka melarikan diri sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa.
"Lelaki tempatan dan lima wanita warga asing terbabit ditahan sebelum dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan JAIM bagi membantu siasatan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 53 berkaitan perbuatan berkurung yang mendatangkan syak atau berkhalwat serta Seksyen 75 berkaitan kesalahan melacurkan diri.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro14:52
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.