
UTM nafi tawar program akademik tanpa akreditasi MQA
Only social or community posts, or a single source.
What happened
UTM nafi tawar program akademik tanpa akreditasi MQA (Harian Metro, 16:09)
Read the reporting
1 report
UTM nafi tawar program akademik tanpa akreditasi MQA
am@hmetro.com.my
Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menegaskan ia tidak menawarkan sebarang program Sarjana Profesional, Sarjana Muda Profesional atau Diploma Profesional tanpa mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Dalam satu kenyataan rasmi hari ini, ia memaklumkan universiti berkenaan sentiasa memastikan penawaran program akademik rasmi adalah mematuhi piawaian jaminan kualiti dan keperluan akreditasi yang ditetapkan oleh MQA.
"Ketetapan ini merangkumi semua fakulti, pusat, institut dan entiti berkaitan UTM, termasuk UTMSPACE, UTMSPACE Services, Institut Sultan Iskandar dan Kolej SPACE," katanya dalam kenyataan berkenaan.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan penyebaran iklan atau tawaran program pengajian yang menggunakan nama atau logo universiti itu sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, khususnya mengenai kesahihan penawaran dan status akreditasi program berkenaan.
UTM menasihatkan orang ramai, khususnya bakal pelajar supaya membuat semakan dan mendapatkan pengesahan mengenai kesahihan tawaran program pengajian melalui laman sesawang rasmi UTM di https://www.utm.my atau portal kemasukan pelajar di https://admission.utm.my.
Katanya, status akreditasi program juga boleh disemak melalui Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) di https://www2.mqa.gov.my/mqr sebelum membuat sebarang permohonan, pendaftaran atau pembayaran.
"UTM kekal komited dalam memelihara integriti akademik serta melindungi kepentingan pelajar dan masyarakat," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro16:09
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.