Malaysian Attention Engine
Live wire
54PN boleh cabar notis RoS, penangguhan tidak dibenarkan50Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching45General : Malaysia Seeks China's Expertise In Disaster Early Warning Systems45Sistem kutipan tol MLFF bakal guna teknologi AI - Alexander43IMF says AI investment keeps global growth around 3%37Business : IOIPG Malaysia REIT Signs Underwriting Agreement For Main Market IPO37Geng curi kabel guna kereta mewah tumpas, 14 suspek ditahan37General : Malaysia To Raise Haze Issue At ASEAN Foreign Ministers' Meeting – Mohamad36Ibu tunggal didakwa benarkan anak dianiayai secara seksual36Business : Global Economy To Decelerate To 3.1 Pct In 2026 Before Recovering To 3.4 Pct In 2027 - IMF35Melayu kahwin dengan warga asing Islam boleh daftar anak sebagai Melayu, kata Saifuddin35Anak sebak diundang wakili Allahyarham Jalil Hamid tercalon di ASA 2026
NewUnconfirmedupdated 4 h ago

[VIDEO] ‘Mak cik nak jalan kaki sebab anak kemalangan’

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 09:29 MYTLatest activity 13 Oct, 09:29BMconfidence 60%

What happened

KAJANG – Hati seorang ibu mana yang tidak hancur apabila dimaklumkan anaknya terlibat kemalangan, namun lebih memilukan apabila dia bergegas ke lokasi kejadian tanpa mengetahui bahawa insan tersayang itu sebenarnya sudah meninggal dunia. (Kosmo!, 09:29)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

[VIDEO] ‘Mak cik nak jalan kaki sebab anak kemalangan’

By NURUL IZZATI ZAINI · 13 Oct, 09:29 MYT

KAJANG – Hati seorang ibu mana yang tidak hancur apabila dimaklumkan anaknya terlibat kemalangan, namun lebih memilukan apabila dia bergegas ke lokasi kejadian tanpa mengetahui bahawa insan tersayang itu sebenarnya sudah meninggal dunia.

Itulah detik menyayat hati dipercayai dilalui ibu kepada seorang pemuda, Muhammad Arifat Shaion, 23, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 13.1 Lebuh Raya Cheras-Kajang, petang semalam.

Kisah tersebut menjadi perhatian selepas satu rakaman video tular memaparkan wanita berkenaan tiba di lokasi kejadian dengan membonceng motosikal seorang penghantar makanan selepas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas

Menurut ahli keluarga mangsa, wanita berkenaan datang dari arah Kajang menuju Kuala Lumpur bersama seorang rakannya berdepan kesesakan lalu lintas teruk, sedangkan lokasi kemalangan berada di arah bertentangan.

Keadaan berubah apabila wanita itu dipercayai terlihat tubuh anaknya yang sudah ditutup kain dari seberang lebuh raya sebelum menjadi tidak tentu arah dan keluar daripada kenderaan untuk mendapatkan bantuan.

“Makteh dapat panggilan mengatakan anaknya kemalangan tetapi dia tidak dimaklumkan yang anaknya sudah meninggal dunia. Cuma dia diminta segera datang tengok.

“Lepas nampak kain dah tutup anaknya, terus jadi tak tentu hala. Dia keluar dari kereta dan minta pertolongan abang rider untuk hantar dia sampai ke tempat kejadian di seberang jalan secepat mungkin,” tulis @lyana921.

Lebih menyentuh hati, penunggang motosikal yang dipercayai membantu wanita itu kemudiannya tampil di ruangan komen dan menceritakan detik pertemuan mereka.

Pengguna dikenali sebagai @jalal_ruslan berkata, dia bersama rakannya pada awalnya berada berhampiran lokasi apabila ternampak wanita terbabit tiba-tiba membuka pintu kereta di tengah kesesakan.

“Awalnya aku dengan kawan aku kemalangan sebelum Tol Batu 9. Sebab mak arwah tiba-tiba buka pintu kereta secara tiba-tiba. Aku tanya kenapa mak cik buka pintu kereta tengah-tengah jalan.

“Mak cik itu cakap anak saya kemalangan dekat depan sana. Jadi mak cik nak jalan kaki ke sana sebab jem teruk. Terus aku dan kawan aku angkut mak cik dan kawan dia naik motosikal ke lokasi kemalangan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof mengesahkan pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 6 petang semalam berhubung kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori di Kilometer 13.1 Lebuh Raya Cheras-Kajang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Kajang dipercayai hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan.

Pada masa sama, sebuah lori yang sedang bergerak lurus dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa yang berada di atas jalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Setakat ini pemandu lori terbabit masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis kini mengesan saksi kejadian termasuk individu yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka atau video ketika melalui kawasan tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Faezah Mohd. Zakria di talian 012-326 8496.- KOSMO! ONLINE

View on Threads

The post [VIDEO] ‘Mak cik nak jalan kaki sebab anak kemalangan’ appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 09:44 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
13 Oct, 09:29 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    09:29

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.