Malaysian Attention Engine
Live wire
51General : MP Allocations, Foreign Nationals Among Key Issues In 2027 Budget Debate50Pelaburan perlu dinilai bersama data gaji, pekerjaan - Menteri Ekonomi50World : S. Korea To Partially Withdraw Diplomatic Staff From Ukraine Amid Airstrike Threat, Diplomatic Dispute47Serba Dinamik founder Abdul Karim on Interpol Red Notice, says Anwar46RUU Statistik perkasa integrasi data negara46Beri alasan ada urusan bank, janda ditahan khalwat dengan lelaki bukan Islam di hotel45Affin Diventium diiktiraf Bank Swasta Cemerlang Asia Pasifik 202643PM bincang bantuan keluarga 54 rakyat Malaysia hilang di Kabinet Jumaat ini42Malaysia de-registers main opposition bloc Perikatan Nasional as elections loom42General : 30 Pct Discount On ECRL Economy-class Tickets For First Month Of Operations41Takiyuddin persoal asas Perlembagaan penamatan 10 Exco Negeri Sembilan38Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara
NewConfirmedupdated 1 h ago

Wakil rakyat cadang kecualikan golongan kaya, termasuk Ahli Parlimen, daripada BUDI95

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
30
0% / 60 min
Momentum
35
1 vs 1 mentions/h
Sources
3
3 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 16:00 MYTLatest activity 20 Oct, 16:24BMconfidence 89%

What happened

Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) cadang agihan BUDI95 dikaji semula, kecualikan golongan kaya. KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat pembangkang mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan untuk mengecualikan golongan kaya, termasuk Ahli Parlimen, daripada menerima subsidi BUDI95. (Free Malaysia Today, 16:00)

Read the reporting

3 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Ahli Parlimen pembangkang cadang kerajaan kecualikan golongan berpendapatan tinggi daripada SARA, BUDI95

By Nuratikah Athilya Hassan · 20 Oct, 16:24 MYT

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengkaji semula pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dengan mengecualikan golongan berpendapatan tinggi daripada menerima bantuan itu.

Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh berkata langkah berkenaan penting bagi memastikan peruntukan kerajaan disalurkan kepada golongan yang lebih memerlukan.

"Adakah semua penerima dalam kumpulan besar ini benar-benar memerlukan bantuan terbabit.... saya cadangkan nilai tersebut disalurkan terus kepada tabung makanan, bantuan persekolahan atau dana sokongan kepada M40 rentan.

"Bantuan SARA ini diberi kepada semua (rakyat Malaysia berusia) 18 tahun ke atas, termasuk (Ahli Dewan Rakyat) semua dapat," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Cadangan itu turut mendapat sokongan Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Nor, yang menyatakan bantuan terbabit perlu dihapus atau dikecualikan kepada golongan berpendapatan tinggi.

"Saya setuju yang disebut oleh (Ahli Parlimen) Besut tadi tentang SARA. Saya mencadangkan supaya SARA ini dihapuskan atau dikecualikan kepada golongan berpendapatan tinggi dan disebut tadi diagihkan kepada golongan sewajarnya," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, turut mencadangkan supaya caj transaksi satu peratus yang dikenakan melalui sistem MyKasih bagi pelaksanaan SARA disalurkan kepada syarikat kerajaan bagi mengurangkan kos pelaksanaan bantuan berkenaan.

"Apakah pandangan (Ahli Parlimen) Besut bahawa satu peratus itu disalurkan kepada syarikat kerajaan untuk memudahkan ataupun mengurangkan perbelanjaan kerajaan daripada diberikan kepada MyKasih?" katanya.

Terdahulu, Che Mohamad Zulkifly ketika menyentuh mengenai pemberian BUDI95 turut mencadangkan supaya kelayakan subsidi petrol menerusi BUDI95 dikaji semula.

Katanya, berdasarkan rekod hanya 100,000 pengguna atau kurang satu peratus menggunakan keseluruhan had berkenaan.

"Walaupun kerajaan meningkatkan had kelayakan BUDI95 kepada 300 liter sebulan, rekod menunjukkan sekitar 100,000 sahaja pengguna atau pun kurang satu peratus daripada kelayakan tersebut.

"Jadi, kita perlu kaji semula dengan (cadangan saya) untuk diberikan kepada golongan M40 rentan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 3 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 3 independent sources, 2 new in the last hour
  • Driven by news coverage (5 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 46NEWnow17:00
Latest 17:22 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
20 Oct, 16:00 MYT
Origin confidence 90% · 24 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    16:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (5)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.