Malaysian Attention Engine
Live wire
49BN diramal mampu tambah kerusi46(Video) Foul-smelling smoke from DUKE drains alarms motorists45Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut44Laporan harian diterima sahkan rakyat Malaysia di Arab Saudi selamat42224 non-citizens born in Sarawak first eight months of 202642Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi41Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja | Sinar Harian41'Tambah sengsara penduduk!' - Teresa bidas Bandar Mandani Bukit Jalil40BNM, SC gesa orang ramai berwaspada terhadap video ‘deepfake’ menyamar pegawai kanan37Kerajaan berjaya ketepi perintah bayar RM1.1 juta ganti rugi model Belanda37F1 GP Bahrain di Sepang jana impak ekonomi hampir RM950 juta37Bendera terkena kabel voltan tinggi ketika perarakan, tiga remaja cedera
NewConfirmedupdated 1 h ago

Warga Pakistan tular beli minyak masak subsidi, dikesan guna e-COSS milik isteri

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
35
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
3
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 13:06 MYTLatest activity 14 Oct, 13:26BMconfidence 86%

What happened

Warga Pakistan tular beli minyak masak subsidi, dikesan guna e-COSS milik isteri (Harian Metro, 13:14)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Warga Pakistan tular beli minyak masak subsidi, dikesan guna e-COSS milik isteri

By Nazdy Harun · 14 Oct, 13:14 MYT

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu berjaya mengesan lelaki warga Pakistan yang dipaparkan dalam satu rakaman video tular ketika membeli beberapa peket minyak masak bersubsidi di sebuah pasar raya di sini.

Pengarah KPDN Negeri, Mohd Mufsi Lat berkata, pihaknya mengambil serius aduan awam yang tular itu dan siasatan mendapati ia berlaku di daerah Kuala Terengganu, sebelum hantaran kemudiannya dipadamkan oleh pemilik akaun berkenaan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal dan hasil semakan identiti, individu berkenaan adalah warganegara Pakistan yang berkahwin dengan seorang wanita tempatan dan mempunyai dua orang anak yang memerlukan penjagaan khusus.

Katanya, pemeriksaan mendapati tiada aplikasi Mobil Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (e-COSS) KPDN pada telefon bimbit milik lelaki itu.

"Semakan terhadap telefon bimbit milik isterinya pula menemukan rekod transaksi pembelian tiga peket minyak masak pada tarikh kejadian.

"Berdasarkan keterangan yang diperoleh daripada lelaki itu mendapati dia menggunakan aplikasi Mobil e-COSS pada telefon bimbit milik isterinya untuk membeli minyak masak peket di pasar raya berkenaan, seperti yang dipaparkan di dalam rakaman video yang tular di aplikasi Threads," katanya.

Beliau berkata, pembelian itu dilakukan kerana isterinya perlu berada di rumah untuk menguruskan keperluan dan kebajikan anak-anak mereka.

Katanya, hasil pemeriksaan dan siasatan lanjut juga tidak menemukan sebarang kesalahan lain mengikut undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDN terhadap individu itu.

Katanya, peringatan kemudian diberikan kepada kedua-dua individu berkenaan supaya menggunakan aplikasi Mobil e-COSS secara bertanggungjawab dan berintegriti pada masa akan datang.

"KPDN Negeri Terengganu merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat berhubung kejadian itu.

"Orang ramai diminta terus menyalurkan sebarang maklumat atau aduan berkaitan kepenggunaan dan aktiviti yang berada mengikut bidang kuasa KPDN bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 36NEWnow14:00
Latest 14:02 MYT
35New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
14 Oct, 13:14 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    13:14

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.