Malaysian Attention Engine
Live wire
64Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara57World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia55Suara pelajar, harapan untuk Belanjawan 202754RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202752General : Budget 2027: Dzulkefly Vows To Complete 9,000 Contract-to-permanent Doctor Transitions51World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix50Irene Sofiya maut dipukul batang besi sepanjang 96 sentimeter – Polis Johor49Belanjawan 2027: Bayaran balik PTPTN tangguh untuk gaji RM2,500 sebulan44General : Budget 2027: RM20 Bln Boost For SJKP Guarantee Fund To Help More First-time Homebuyers - Nga43Penamatan sistem doktor kontrak perlu telus, garis masa jelas dan adil - Hartal Doktor Kontrak42Syarikat perladangan Malaysia di luar negara wajib patuhi undang-undang, cegah dan kawal kebakaran - KPK42General : Budget 2027: PTPTN Loan Repayments Deferred For Borrowers Earning Below RM2,500
OverUnconfirmedupdated 2 d ago

Watak Joker pun dibawa dengan cara sendiri menerusi pelakon berbeza – Arya Saloka

Only social or community posts, or a single source.

Attention
2
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 7 Oct, 13:00 MYTLatest activity 7 Oct, 13:00BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Pelakon Indonesia, Arya Saloka, tidak bimbang sekiranya lakonannya sebagai Ustaz Adam dalam filem Munafik: Melawan Iblis dibandingkan dengan watak sama yang pernah dijayakan Syamsul Yusof menerusi filem asal arahan pengarah tempatan itu. (Google News Malaysia (BM), 13:00)

Read the reporting

1 report
Photo: utusan.com.my
utusan.com.my·News·BM·2 min read

Watak Joker pun dibawa dengan cara sendiri menerusi pelakon berbeza – Arya Saloka

7 Oct, 13:00 MYT

KUALA LUMPUR: Pelakon Indonesia, Arya Saloka, tidak bimbang sekiranya lakonannya sebagai Ustaz Adam dalam filem Munafik: Melawan Iblis dibandingkan dengan watak sama yang pernah dijayakan Syamsul Yusof menerusi filem asal arahan pengarah tempatan itu.

Menurut Arya, perbandingan antara kedua-dua pelakon merupakan perkara biasa, lebih-lebih lagi apabila sesebuah filem dihasilkan semula dengan pelakon dan pendekatan yang berbeza.

Katanya, setiap pelakon mempunyai interpretasi serta warna tersendiri dalam menghidupkan sesuatu watak, manakala penerimaan penonton pula bergantung kepada citarasa masing-masing.

“Itu sebenarnya tidak menjadi masalah bagi saya kerana setiap filem, khususnya filem remake, pasti mempunyai pendekatan yang berbeza. Malah di Hollywood pun, apabila kita melihat filem seperti Batman atau Joker, wataknya sering dibawakan oleh pelakon yang berbeza dan setiap pelakon mempunyai warna serta karakter tersendiri.

“Daripada Heath Ledger hinggalah Joaquin Phoenix, kedua-duanya memberikan interpretasi yang berbeza. Jadi, semuanya kembali kepada citarasa penonton. Penonton lebih suka yang mana, itu pilihan mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui baru-baru ini.

Arya berkata, dia sendiri menghargai lakonan pelakon yang pernah membawakan watak sama, termasuk Syamsul, namun tidak melihat perkara itu sebagai satu tekanan ketika menjayakan versi baharu Munafik.

Malah, katanya, dia tidak mahu mempengaruhi penonton untuk memilih satu lakonan berbanding yang lain kerana setiap karya mempunyai kekuatan dan pendekatan tersendiri.

“Bagi saya sendiri, saya suka kedua-duanya. Mungkin ada yang lebih suka Heath Ledger dan ada yang lebih suka Joaquin Phoenix. Kita tidak boleh memaksa orang yang menyukai kedua-duanya untuk tidak menyukai salah seorang daripada mereka.

“Jadi, memang begitulah. Itu pilihan masing-masing. Begitu juga dengan watak Ustaz Adam ini. Saya cuba memberikan yang terbaik mengikut kemampuan dan interpretasi saya sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Arya mengakui bersyukur apabila diberi kepercayaan oleh pengarah, Guntur Soeharjanto, dan penerbit, Oswin Bonifanz, untuk menggalas watak berkenaan tanpa melalui proses uji bakat.

Katanya, kepercayaan yang diberikan sejak pertemuan pertama membuatkan dia mahu memanfaatkan sepenuhnya tempoh persiapan bagi memastikan watak Ustaz Adam dapat disampaikan sebaik mungkin.

“Saya betul-betul tidak tahu apa yang ada dalam fikiran mereka pada ketika itu sehingga terus menghubungi saya. Namun, saya sangat bersyukur kerana mereka percaya kepada saya. Saya juga tidak melalui proses uji bakat.

“Jadi, saya benar-benar berusaha dan memanfaatkan masa untuk menjalani bengkel lakonan itu sebaik mungkin.

“Saya mahu memberikan yang terbaik kerana sejak pertama kali bertemu dengan Guntur dan Oswin, mereka sudah memberikan kepercayaan kepada saya. Jadi, saya tidak mahu mengecewakan mereka,” katanya.

Filem asal karya arahan Syamsul Yusof itu kini diberi nafas baharu menerusi versi Indonesia berjudul Munafik: Melawan Iblis dan mula menemui penonton tempatan sejak 1 Oktober lalu.

Bukan sekadar mengadaptasi semula naskhah yang pernah mencetuskan fenomena di Malaysia pada 2016, filem arahan Guntur Soeharjanto itu tampil dengan pendekatan tersendiri bagi menyesuaikan jalan cerita, watak dan latarnya dengan budaya serta cita rasa penonton Indonesia.

Text and pictures from utusan.com.my, shown with attribution.Read at utusan.com.my

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is over

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention

Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. State
    Over

    single source and no mention for 43h

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
7 Oct, 13:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    13:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Google News Malaysia (BM)

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Watak Joker pun dibawa dengan cara sendiri menerusi pelakon berbeza – Arya Saloka · Malaysian Attention Engine