
Young Turtles, anak petani, nelayan buru impian wakili Malaysia
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Young Turtles, anak petani, nelayan buru impian wakili Malaysia (Harian Metro, 13:30)
Read the reporting
1 report
Young Turtles, anak petani, nelayan buru impian wakili Malaysia
sukan@hmetro.com.my
Sungai Petani: Berbekalkan impian besar untuk menyarung jersi negara, sekumpulan pemain muda daripada keluarga petani dan nelayan sanggup mengetepikan pelbagai cabaran demi membuktikan kemampuan mereka di gelanggang sepak takraw.
Biarpun bukan daripada kelompok atlet yang menikmati latihan tersusun setiap hari seperti di sekolah sukan, mereka tetap menunjukkan komitmen tinggi apabila menyertai Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 Zon Utara bersama pasukan Young Turtles, sekali gus menjadikan kejohanan itu medan menguji kemampuan dan mencuri perhatian.
Bagi pengurus pasukan Young Turtles, Ahmad Nasir Muda, peluang beraksi dalam kejohanan bawah 16 tahun itu cukup bermakna kerana pemain muda memerlukan lebih banyak pertandingan kompetitif untuk mengembangkan bakat dan membuka laluan ke peringkat lebih tinggi.
Menurutnya, kejohanan seumpama itu amat diperlukan di peringkat akar umbi kerana peluang pertandingan terbuka untuk pemain bawah umur tidak begitu banyak berbanding saingan di peringkat sekolah.
"Terima kasih kepada McDonald's, Harian Metro dan semua pihak yang menjayakan kejohanan ini. Bagi saya, pertandingan seperti ini memang diperlukan untuk mencungkil bakat muda.
"Pemain yang datang ke sini bukan tidak pandai bermain, mereka ada kemampuan masing-masing. Cuma mereka perlukan lebih banyak peluang untuk beraksi dan membuktikan kebolehan," katanya.
Ahmad Nasir berkata, pasukannya turut memberi peluang kepada pemain daripada sekolah harian, termasuk bakat yang dikenal pasti menerusi pertandingan di peringkat daerah dan negeri, selain pemain daripada sekolah sukan.
Katanya, pemilihan pemain diserahkan sepenuhnya kepada jurulatih berdasarkan penilaian terhadap kemampuan mereka, manakala latar belakang keluarga bukan penghalang untuk seseorang pemain mengejar cita-cita dalam sukan itu.
Malah, beliau mendedahkan pasukannya turut memberi peluang kedua kepada seorang pemain berbakat yang tidak lagi bersekolah di institusi terdahulu akibat masalah disiplin, kerana tidak mahu bakat muda itu terhenti setakat bermain di peringkat kampung.
"Kalau kita tidak ambil dia, mungkin dia hanya bermain untuk kampung dan tidak berpeluang sampai ke Sungai Petani. Kita sayangkan bakat muda, jadi kita cuba beri peluang kepadanya," katanya.
Menurut Ahmad Nasir, cabaran kewangan turut mempengaruhi jumlah pemain yang dapat dibawa menyertai kejohanan, dengan pasukannya hadir ke Sungai Petani bersama 12 orang termasuk empat pegawai dan lapan pemain.
Beliau berkata, pihaknya sebenarnya mempunyai lebih ramai pemain yang mahu beraksi, namun kos perjalanan dan keperluan membawa pasukan menjadi antara faktor yang perlu dipertimbangkan ketika membuat keputusan.
Pada masa sama, Ahmad Nasir berharap kejohanan Liga Takraw Nasional Mekdi dapat diteruskan pada masa depan kerana berpotensi menjadi batu loncatan buat pemain muda untuk melangkah ke peringkat kebangsaan, malah suatu hari nanti mewakili Malaysia.
"Kami berharap suatu hari nanti ada pemain yang bermula daripada kejohanan seperti ini, kemudian berjaya mewakili Malaysia. Itu antara perkara yang kita mahu lihat apabila bakat muda diberikan peluang," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro13:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.