
Yusof Haslam maafkan Tisha, peluang kedua bergantung PDRM
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Yusof Haslam maafkan Tisha, peluang kedua bergantung PDRM (Google News Malaysia (BM), 11:10)
Read the reporting
1 report
Yusof Haslam maafkan Tisha, peluang kedua bergantung PDRM
PETALING JAYA – Penerbit drama bersiri kepolisan Gerak Khas 2.0 , Datuk Yusof Haslam sudah memaafkan pelakon, Tisha Shamshir yang terpalit kontroversi berkaitan kes dadah.
Yusof berkata, permohonan maaf dibuat Tisha secara terbuka sebelum ini memadai baginya, sekali gus tidak wajar isu berkenaan terus diperbesarkan sehingga mengundang kecaman.
“Tiada dendam. Saya sudah lama memaafkan dia. Saya cuma berharap dia dapat belajar daripada kesilapan seterusnya kembali menjalani kehidupan yang lebih baik.
“Bagi saya, benda sudah lepas. Dia pun sudah meminta maaf, jadi kita jangan panjangkan lagi jadikan isu. Fasal kes di mahkamah, yang itu biar ditentukan undang-undang.
“Takkan kita tidak boleh maafkan sesama insan. Setiap orang pastinya mempunyai khilaf masing-masing,” katanya kepada Kosmo! Online.
Menurutnya, setiap individu juga berhak diberikan ruang untuk memperbaiki diri selepas melakukan kesilapan, asalkan benar-benar mengambil iktibar daripada perkara yang berlaku.
Pada masa sama, pemilik syarikat Skop Productions itu turut menasihati Tisha supaya mengubah cara hidup, selain menjadikan pengalaman lalu sebagai ruang untuk memikirkan kesan terhadap keluarga.
Yusof juga berharap agar pelakon terbabit bermuhasabah serta menjadikan episod hitam tersebut sebagai titik perubahan untuk membina kehidupan yang lebih baik.
“Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran, bukan hanya kepada dirinya, malah kepada orang lain agar jangan silap langkah.
“Jika seseorang itu mahu berubah ke arah kebaikan, kita pun kena doakan yang baik-baik. Jalan di depan sana masih panjang,” ujarnya.
Ditanya kemungkinan Tisha dapat kembali dalam produksinya terutama genre kepolisan, pengarah itu menjelaskan perkara tersebut perlu mengambil kira pandangan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Drama kepolisan ini terikat dengan etika, bawa imej yang bersih. Kes mahkamah dihadapinya pula melibatkan dakwaan berkaitan dadah.
“Bagi saya kita membawa imej yang baik, jadi kembali buat masa ini mungkin tidak. Kalau ada pertimbangan daripada pihak PDRM, itu cerita lain.
“Saya pun tak boleh nak cakap apa. Kita tengoklah macam mana nanti. Cuma harapnya dia turut minta maaf kepada PDRM,” katanya.
Terdahulu, Tisha atau nama sebenarnya Shanorbiah Shamsir Alam, 40, ditahan dalam serbuan Op Noda di sebuah pusat hiburan di ibu negara pada 7 Julai lalu sebelum didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 10 Julai.
Dia didakwa atas pertuduhan memberikan tiga jenis dadah kepada diri sendiri, iaitu methamphetamine, amphetamine dan ketamin namun mengaku tidak bersalah dan dibenarkan diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.
Pada prosiding kedua di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur 8 Oktober lalu Tisha memohon maaf secara terbuka kepada Yusof kerana menyedari kontroversi tersebut mencalarkan nama baik penerbit berkenaan, selain memberi kesan kepada keluarga dan orang sekelilingnya.
Terdahulu, pihak produksi mengambil tindakan menggugurkan Tisha daripada Gerak Khas 2.0, meskipun penggambaran drama berkenaan ketika itu hanya berbaki dua episod untuk diselesaikan. – KOSMO! ONLINE
The post Yusof Haslam maafkan Tisha, peluang kedua bergantung PDRM appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)11:10
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Kosmo!
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.