Malaysian Attention Engine
Live wire
52World : Malaysians In Riyadh, Jeddah Safe Amid Tensions In Saudi Arabia - Mohamad Hasan52Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok46General : Parliamentary Services Act Fulfils MADANI Govt's Reform Pledge - Anwar45General : AIAC Reforms To Strengthen Malaysia As International ADR Hub - Azalina45Projek solar bangunan kerajaan jimat RM115 juta setahun44Rocketfuel perjelas isu Hawa Rizwana dan Ratu Haidar40General : Three Teenagers Injured After A Flag They Were Carrying Came In Contact With High-voltage Power Line39Krisis bekalan petrol di Bali39Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara37Damansara storm: strong winds lift car into another at toll plaza - a reminder why you need Special Perils cover37Kelewatan baja: Kerajaan kaji bantuan bersasar kepada petani terjejas36'Tambah sengsara penduduk!' - Teresa bidas Bandar Mandani Bukit Jalil
NewUnconfirmedupdated 5 h ago

Yusuf Bahrin anggap gelaran duda 'hot' hanya gurauan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 10:40 MYTLatest activity 14 Oct, 10:40BMconfidence 60%

What happened

Yusuf Bahrin anggap gelaran duda 'hot' hanya gurauan (Harian Metro, 10:40)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Yusuf Bahrin anggap gelaran duda 'hot' hanya gurauan

By Puteri Alia Zanaruddin · 14 Oct, 10:40 MYT

puterialia@hmetro.com

Gombak: Pelakon Yusuf Bahrin, 34, menyifatkan gelaran 'duda hot' yang sering diberikan netizen kepadanya sebagai satu bentuk gurauan semata-mata dan diambil dari sudut positif.

Yusuf atau nama sebenarnya Mohd Yusuf Bahrin berkata, menganggap gelaran itu diberikan kepadanya disebabkan kerjayanya sebagai pelakon selain kerap muncul di televisyen dan media sosial.

"Perkara ini mereka (netizen) memang suka melawak dengan gelaran 'duda hot'. Sebab saya rasa benda itu, kita punya kerjaya sebagai pelakon dan mereka pun selalu lihat saya di televisyen.

"Jadi kita dapat lebih perhatian di situ. Mungkin ramai lagi yang 'hot' dan saya pun tidak kata saya 'hot' pun. Perkara itu saya terima dengan cara penerimaan yang baik," katanya ketika ditemui pada sesi pengambaran drama TV3, Perempuan Sesudah Lafaz di UniKL BMI di sini, semalam.

Bagaimanapun, Yusuf berkata, dia terbuka untuk bergurau dengan peminat selagi ia tidak melampaui batas.

"Apa yang mereka mahu bergurau, kita bergurau selagi ia tidak melampaui batas. Jadi nak bergurau dengan saya, saya okay. Jadi gelaran-gelaran ini saya anggap sahaja yang mereka bergurau.

"Walaupun ada gelaran-gelaran yang tidak sepatutnya diberikan kepada saya, tetapi ia masih di bawah kawalan.

"Cuma benda-benda negatif ini saya harap tiadalah. Kita cuba elakkan," katanya lagi.

Dalam pada itu, Yusuf berkata, dia tidak mengambil gelaran diberikan itu sebagai satu perkara yang serius memandangkan usianya kini semakin matang.

"(Saya) tidak ambil serius pun perkara ini. Saya rasa tiada masa juga (nak layan). Mungkin sebab umur saya, bukanlah nak kata tua. Tetapi sebab saya rasa saya dah semakin matang.

"Jadi saya rasa tiada masa untuk saya nak 'culture shock' dengan gelaran-gelaran yang ada daripada mereka ini. Jadi saya terima sebagai gurauan daripada peminat," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Yusuf bakal membintangi drama Perempuan Sesudah Lafaz arahan Nizam Zakaria yang akan disiarkan di TV3 tidak lama lagi.

Drama berkenaan turut menampilkan Nora Danish, Riena Diana, Puteri Aishah, Syazwan Zulkifli dan Muhsin Nadzli.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow11:00
Latest 11:46 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
14 Oct, 10:40 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    10:40

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.